sejahtera beserta salam

cara terbaik meneruskan hidup adalah terus bernafas dan hidup.

Saturday 24 December 2011

Dugaan Kita.

Kita di duga.
Kau menduga.
Aku terduga.
Tapi kata sayang...

      "Kasih aku hanyalah untukmu
         Tiada lain dalam diriku
         Takkan berubah
         walau dipisah laut biru
        Cinta aku hanyalah untukmu
        Tak pernah goyah, tak pernah jemu
        Takkan terpadam dalam hatiku
        Ia milikmu, percayalah
"
Kita cuba dan terus mencuba,
Tuhan menduga ta pernah berhenti.
Moga semakin kuat sayang.InsyaAllah.;)



Monday 28 November 2011

hidupbersama matiberdua.

~150 juta,mereka tanyakan engkau soalan yang sama.hey kenapa kau masih lagi mahukan dia,apa kau buta apa kau pura pura suka.150 juta kali itu,di depan semua kau tarik tangan aku~
                                                   ~dia mungkin bengis seperti singa,tapi dia nangis tonton cerita korea~
                      ~dia mungkin keras bila bersuara,tapi dia jujur apa adanya~

SAYA KENAL SAYANG SAYA<3

saya rindukan sayang saya dah.macamana?
nak lawan cakap.
nak kutuk saya.
nak ketawakan saya.
nak merajuk dengan saya.
nak makan masakan saya.
nak buat saya marah.
nak flirt depan saya.
nak tackle saya.
nak tumbuk tumbuk saya.
incik samseng saya balik bercuti.
melepaskan rasa rindu pada buah hati buah hati pengarang jantung di sana.
memberi ruang pada si pencintanya untuk merinduinya.
baru 4 jam berlalu,terasa macam putus nafas pula.cinta eyh?
kalau tanya dia,dia cintakan kita ta.dia senyum.
paling sayang.
paling cinta.
tu je ayat dia.satu ayat untuk satu hari.katanya cukup.
hati dia ada 1,dia jaga baik baik.
dia ta manjakan.tapi dia menjaga.
dia ta ikutkan saja,tapi dia selalu memerhati.
bila kena kerja sana sini,jumpa orang ni jumpa orang itu.
bila tanya dia risau ta.dia jawab kenapa mesti risau.awak pandai jaga diri kan.
see!!dia percayakan kita.so sweet abby.
dia ada kelebihan ke?
dia macam biasa je..dia macam ta de apa aje.
saya ada seorang kekasih yang 'wise man'
tapi dia 'humble'
saya ada kekasih yang 'garang'
tapi dia 'maness'
saya ada kekasih yang nampak ' ta amik port'
tapi dia 'sangat perisau'


Thursday 10 November 2011

GulaGula dari Allah

heeee...nak senyum nak ketawa nak gelak lebar lebar.
ta terduga dan ta menduga jadi macam ni.
setelah lama menunggu akhirnya dapat jadi penulis.
good to feel that.
setelah belajar bertahun tahun dan dengan keputusan hampeh tu.
dapat kerja dalam lapangan pemasaran macam ayah.
suka.
lagi best bila dapat bos yang bagi demand gaji,awalawal kerja dah bagi kereta company.
nak support dalam bidang penulisan siap.dapat naik gaji dalam masa sebulan lepas kerja.
besarnya kurniaan Allah limpahkan.
padahal paper ta habis lagi ni.haih.
pada umur 21 tahun officially im a marketing executive in a establish company by 14.11.2011

dulu selalu cakap.bila umur 21 kena ada sesuatu.
dan now alhamdullillah semua dah stabil.
gaji dia..wowowoww..sangat teruja,lepas 4-5 bulan boleh pakai ford fiesta okeyh!
plusplus gaji sebagai penulis.amin amin amin.
betul betul memulakan hidup baru di alam pekerjaan.
welcome new world.

bahagia.sangat bahagia sekarang.
dah ta fikir sangat apa apa.
buat simpanan dalam setahun ni,tahun depan dah boleh apply pjj kat uitm.
lepas 2 tahun setengah dah dapat degree dari uitm pulak.
masa tu boss..saya nak jadi orang kanan boss.
masa tu boss tapak tapak muka.
company ni awak tanak mintak ke zulaika?

Allah hadiahkan sesuatu yang tidak terjangka dengan setiap luka yang lalu.
Allah hadiahkan lebih dari senyuman tapi kebahagiaan.
Allah hadiahkan rezeki.
Allah jauhkan kesakitan dan datangkan keriangan dengan orang orang yang selalu sayangkan saya.
amin amin syukran jazila ya Allah :)

8 tahun lagi nak buat apa?
impian baru.nak sambung master.dekat UK!dengan?SUAMI!so make sure within these 3years KAHWIN!!

Friday 4 November 2011

setan laknatullah~

kau pernah rasa ta bila jadi aku?
kau nak rasa?
kau nak hadap apa yang aku hadap.
kalau kau tak nak jangan buat aku bagi kau rasa apa yang aku tanggung selama ni
dan jangan menyumbang kepada sesuatu yang akan buat aku bertambah sakit dengan apa yang aku pernah hadap.
jangan jangan dan jangan!

aku dah cuba dari pelbagai sudut untuk faham.
aku dah cuba bawak diri aku masuk dunia kau.
aku dah cuba suka apa yang kau suka.
aku dah cuba tutup mata bilaa hadap benda yang aku ta suka tapi kau still buat
tapi makin lama kau ni makin lemak.
dan lemak lemak kau tu membakar kesabaran aku.
sakit la jiwa aku mengadap benda benda yang menyesakkan kepala.

jadi sensitif sikit boleh?
jangan nak cerita dengan aku kau sensitif lah itu lah ini lah,tapi sampai masa
balik balik aku makan dalam,
aku terasa hati.kau gelak gelak.
aku rasa macam nak jek jek siku lempang sepak terajang 3-4 prem.
lepas tu tinggal.
bila aku da ta mampu nak cakap tapi hati aku makin lama makin sakit.
memang dah tade tolerate dah..
memang kau makan maki caci sisa hinaan je dengan aku!

aku dah ta boleh nak fikir.
aku salah ke?salah ke kalau aku mintak sesuatu yang aku rasa aku nak.
aku nak keluar sebab aku nak cari ilham,aku nak kejar mood,aku nak amik angin,aku ni dah naik gila.
kau nak ikut malas kau.
baik kau hidup sendiri!sakit la jiwa aku!!

argh setan betul lah.

Saturday 22 October 2011

senyumku untuk ubat jiwamu

sedih rasa hati bila hidup jadi macam ni.
ta pernah pun mintak macam ni.
kadang kadang fikir balik.baik ke aku?
tapi jahat sangat ke aku hingga ujian berat hingga begini.
nauzubillah.aku redha ya Allah.
mungkin Kau jadikan aku insan lebih baik sehari ke sehari.

aku tidak mencari harta.
malah merungut pun tidak.alhamdullillah masih mampu bernafas.
mampu berdiri di kaki sendiri.
tapi air mata tu rasa ta nak henti henti je mata ni.
puas hati memujuk.tapi tetap juga dia begitu.
sedihnya..tapi mungkin ada baik nya.

sepanjang hari mencari jawapan atas semua soalan.
bersama orang yang dicinta tapi ditipu.
itu sakit.sangat menyakitkan.macam tertusuk kaca dalam hati.
tapi bersama orang yang kita sayang.
tapi kita sendiri ta tahu apa rasa hati nya.entah pada kita.entah pada yang lain.
rupanya lebih melukakan.lebih dalam peritnya.
ta membuatkan hati marah.
tapi meronta ronta rasa pedih tu nak keluar dari rongga rongga tubuh.
terlukanya menjadi seseorang yg kata dicinta tapi ta dapat merasa.
sakitnya menjadi insan dirindu tapi ta mampu diucapkan.
pedihnya menjadi insan disayang tapi ta mampu merasa belaian yang ada.
siapa sebenarnya kau,dan siapa aku pada kau?

macam sugarglider?
atau
macam ikan emas?
aku ta meminta menjadi seorang puteri yang diidami ramai lelaki.
tapi sentiasa mencari seorang puteri yang sudi menjaga sepenuh hati.
bukan minta disaluti emas seluruh tubuh.
hanya inginkan rasa penuh cinta seluruh hati.
meminta sekeping setia.
meminta serasa rindu.
sedaya mungkin memberi cinta yang tulus.
tapi kenapa insan insan yang hamba sayang,yang hamba tatang seikhlas hati selalu melukakan hati.
menumpahkan air mata.

ta puas lagikah air mata yang terbuang.
kenapa dilukakan lagi hati yang hancur.
semua mahu menjaga.
berjanji itu ini.
semua indah.
bila telah diberikan sumpah setia.sayang sepenuh jiwa.
mudahnya hati yang rapuh kau jentik.
ta layak kah diri yang kau ucap cinta ini bahagia.
yang bermanja dengan mu,bukan yang lain.
yang membina setiap saat hidupnya bersama mu.
bukan dengan yang lain.tapi bila ruang yang diberi.
kenapa luka yang kau balas.

waktu suka,aku berkongsi semua sama rata.
ta pernah ku rasa ada benda yang mahu ku lebihkan pada diriku,mengurangkan untuk mu.
ku cuba memberi yang terbaik.
atau mungkin ada yang mampu memberikan yang terbaik?
sangat lebih baik dari ku.
maka aku tumpang bahagia.
jika ada lepaskan lah aku untuk meneruskan hidupku tanpa luka yang kau cipta tanpa rasa.

setiap huruf terisi.setiap titis air mata berjurai.
andai air tu mampu kau rasa kepedihan hati yang tersorok dek senyuman.
pasti kau tidak mahu.
tapi itu lah kamu.selalu.bila bersama ku.
setiap masa.waktu ku menunggu mu.
setiap saat dalam tidurku.jika kau tahu.
bila aku mencintai.jangan hingga aku lelah menahan hati.
jagalah hati ini dari saat aku tidak jatuh ditanganmu..hingga aku menjadi sebahagian hatimu.
dan jika kau lelah..lepaskan lah aku dengan baik selembut lembutnya dari saat aku terlalu mencintaimu hingga terlepas rasa cinta yang ada.

jika pedih kau rasa,lebih dalam luka yang pernah kau toreh.tapi kau takkan pernah tahu.kerana.senyumanku selalu terukir untuk mu.

Tuesday 11 October 2011

darah daging pembawa hiv


dah berjuta kali aku ulang lagu ni..kenapa?sebab lagu ni buat air mata aku kering kejap.
kenapa semua yang aku sayang sanggup buat aku nangis.
kalau aku nak cakap kau babi.kau darah daging aku.kalau aku nak cakap kau bijak tapi memang nampak sangat kau sangat celaka kat mata aku.baik kau pergi jauh jauh dari hidup aku sebelum aku benci dengan kau!

ya Allah..ta rasa berdosa ke kau buat aku menangis lagi selepas 21 tahun aku hidup orang buat aku macam ni.aku ta mintak tolong kau.aku ta mintak duit kau.aku ta menyusahkan kau atau apa apa.even hidup kau punya masalah aku ta kacau.kau nasihatkan aku,aku boleh dengar tapi aku ada hidup aku sendiri.aku ada perancangan aku sendiri kenapa perlu kau nak beria sangat sibuk dalam hal aku??

waktu aku kena teruk mana kau untuk lindungi aku.masa aku nangis sampai rasa ta bernafas,mana kau untuk temani!masa aku kena hina kena maki..mana kau untuk dengar sekali.semua kau ta tahu pasal aku.kau ingat aku ikutkan marah aku.kau ingat aku ikutkan nafsu muda aku.semua benda mencarut semua aku nak sebut kat kau.kau abang aku..kau darah daging aku.kenapa kau ta cuba lindungi aku.kenapa kau heret aku pada benda yang menghancurkan hidup aku.kenapa bang....

kalau darah daging yang lahir dari rahim yang sama sanggup jatuhkan aku macamni..siapa yang aku harapkan untuk sokong aku lagi..

aku kejap2 berenti nangis bole gelak gelak tengok video.sat gi senyap senyap menangis balik.uih da parah rupanya hati aku.senyuman aku ta bisa mengubat luka di hati suda.kuatkan semangatku ya Allah!

Monday 10 October 2011

cinta itu milik Allah;)

lyeen..
dulu kita selalu share semua benda sesama kan.
termasuk la benda paling menyusahkan hidup aku tapi aku masih gak sabar sabar dan tunggu.
termasuk bab nik.aku rasa nyesalnya apa yang aku buat.sebab sangat tak berbaloi.
demn la kau.haha.dah la cita kau dah habis.

emir..emir..emir..
banyak cita.banyak tajuk kalau aku nak cita tapi simpan dalam kotak simpan baik baik.
kang aku cita.aku rasa rasa limau.sat gi pedih mata aku.
gi tengok bulan tu jangan sampai jatuh hempap kepala.haha.

Incik syabeen babbling babbling saya pulak.
macam tu la dengan kegiatan tumbuk tumbuk lengan mashmallow saya.
cepat kerja di shah alam.boleh lunch dengan saya:)

tapi ini cerita lebih hebat.dari emir pernah sayangkan saya.kenapa pernah?
sebab dia da ta sayang la kan kat saya!!
tak per saya dah halalkan semua janji dia pada saya.biarlah dia bahagia.

tapi ada seorang ini dia kenal saya dari saya form 4.
dia hanya pernah nampak saya 2 kali.hanya saya memandang dan senyum.
then dia tunggu 3 tahun untuk rapat dengan saya.
dia tak kacau saya dengan nik.tapi dia sentiasa menunggu.
dalam hati..ah lelaki memang macam tu.
tapi rupanya tak.dari dia belajar smpai dia kerja.rupanya dia betul betul tunggu
dan mengotakan tanpa ada sesiapa antara masa penungguannya itu.
mashaAllah..ikhlas ke engkau.
then bila tahu putus dengan nik..dia try..tapi masa tu mestilah emir yang orang pilih!
dia tunggu lagi tanpa putus asa.walau tanpa sepatah ayat msj atau call.
3 tahun berlalu lagi..tapi kali ni pun benda yang sama berulang..
sebelum putus dengan emir,cakap kat dia yang aku dah nak kahwin dengan emir.
tapi dia ta percaya.tapi lepas yakin yakin yakinkan dia.dia caya.
ingat dia dah lupa.
tub tub bukak myspace.dia add dan dia masih sayang dan setia macam dulu..
SubhanAllah..kenapa mengikat hatimu begitu?
now dia masih mengharapkan agar ada perhubungan bakal terjalin.
kalau pilih dia,aku kejam pada syayangyang.
tapi kalau pilih syasyayang kejam pulak padanya.

maha suci engkau ya Allah.
kurniakanlah dia seseorang wanita yang baik budinya,terpelihara akhlaknya,
terpuji amalannya yang mampu menjaga insan budiman penuh rasa cinta ini untukku.
sesungguhnya tak termampu aku membalas doanya penuh rasa cinta dan sayang pada ku.
dia milikmu.dan padamu ku memohan agar yang jauh lebih baik dariku untuknya tuhan.:)

aku?
aku masih macam dulu.
yang setia pada apa yang aku pengang.
macam aku setia pada nik sebelum hilangnya.
seperti aku setia pada emir sebelum keruhnya.
dan syasyayang yang ada buruk baiknya datang dari Allah untuk aku menghargai dengan sebaik baiknya.

Wednesday 5 October 2011

entah apa apa hati aku ni!

lama ta update..
mesti tunggu tunggu..rindu la tu!

pening ta jugak.serabut pun ta la sangat.
cuma masa yang ada terkejar kejar untuk kerja,belajar dan hal hal remeh.
sayang..maaf ta msuk dalam list bab bab hati.sangat fokus pada benda lain.
terasa sangat nak study.nak study benda lain.
rasa hati sangat ta tenang di campus tu.kenapa.entah.
ta ada pemangkin semangat langsung.

tapi bila fikir-fikir balik.i need to do something.
mana nak fikir mama kat kampung,hidup sendiri kat sini.
en yayang nak menukar bidang..nampak sangat dia memang ta minat sivil eng dia tu.
na amik licensed aviation pulak dah.
kalau tengok secara rawak nampak wasting time gila la dia tu.
tapi kalau itu cita-cita dia.benda baik.yang dia tuntut itu ilmu yang baik baik.
kenapa harus di halang.takpe lah labi..ai tunggu jela 4 tahun tu!

rindu pada amirul khalif,pada afif lama akak ta cakap dengan korang.
rindunya kakak je yang tanggung.pada ayah.
bila nak balik batu pahat lagi ya?mama dah tanya tanya.
along nak pindah KL balik?kenapa..
nasib la..en.chaben saya paham semua semua tu.
pn zakiyah dengan incik khafi pun dah tau siapa ai..
semua rasa lambat tapi cepat.macamana tu?

hati..hati jangan la gundah gulana sangat.
apa yang datang tahan je.ta tahan lepas je.
bila la nak habis belajar ni..dah tak nak lah kerja kat sini.nak pindah KL
jelah.tak pun duduk kuantan jea.

phone pula bila nak beli.encik chaben asyik busy keja.dia keja ai free.
ai keja dia pulak free.bila nak belikan saya bb nya pokcik oi~
bila nak buat no tu balik!
bila nak pergi tanya mara?
bila nak pergi bank tanya loan tu?
bila nak pergi buat kursus tu?
bila liga rugby tu habis?
bila awak nak pindah keja kat shah alam jea..jauh sangat la putrajaya tu!

ahh~benci la kena buat benda yang kita tak suka.

Wednesday 28 September 2011

bila kau rasa belacan itu pedas.

Malam ni entri tacing tacing.
malam ni entri memang bukan biskut cecah kopi..
da tahap dari padi jadi nasi dah.
hati rasa berlapik lapik.semua tertempek.rasa macam macam rasa.
teruk ke aku ni jadi perempuan?
aku tanya pada diri aku lah kan.padayang ta kenal macamana nak tanya.
aku tau la aku ta perfect.
but then,aku selalu mencuba!

aku ke yang selalu gagal dalam bercinta?
sebab perangai aku ke aku gagal menjaga?

dulu masa dengan N.aku jaga diri aku.
cukup jaga.even sangat jaga.
aku cakap kat dia walau macamanapun handsome ke baik ke kaya ke.
aku akan terus setia kat dia.aku takkan curang.
aku setia.setiap msj yang orang hantar ada ura-ura nak kenal dengan aku.semua aku forward.
kena marah pun kena lah.tapi aku pegang diri aku untuk jujur kat dia.
tapi salah aku jugake bagi dia kebebasan berkawan dengan perempuan.aku cuba ta kongkong dia.
biar dia tahu aku selalu percaya kan dia
biar dia tahu aku selalu cuba senangkan dia untuk jaga aku.
tapi lama lama hubungan tu pun pecah.
aku cari salah aku.dan aku ngaku silap aku.
aku silap sebab aku biarkan orang yang aku cinta terus berdamping dengan perempuan lain.
walau aku cemburu tapi aku biarkan.bukan sebab aku ta cinta.tapi sebab aku terlalu cinta sampai aku abaikan hati aku untuk beritahu pada dia aku sakit dengan cara dia.fine!habis.

aku dengan E.aku nampak dia.aku perasan dia.tapi aku biarkan sebab aku ta nak perasankan diri aku.
aku cuba tolak.tapi lumrah dunia.benda yang kita ta nak lah selalu kita dapat.
lamaaku amik masa kenal dia.aku cuba kenal  hati budi dia.sikit sikit.makin lama makin dalam.
aku belajar ta samakan dia dengan N.tapi aku takut benda yang samajadi so aku stay cool biar hubungan tu terikat nanti dengan satu ikatan yang lebih baik.salah ke apa aku fikir?
aku berkawan.macam biasa.tapi dia lain dari N.sangat lain.cemburu dia..nauzubillah.
tatau macamana aku boleh lama dengan dia.
tapi aku kagum cara dia sayang aku.aku kagumcara dia menghargai aku.
cuma makin lama makin  lain.
apa yang lain.banyak.kawan kawan dia kata ta?
aku hadap dia setiap hari.aku nampak banyak benda lebih dari kawan kawan dia nampak.
3 tahun.
penah rasa sedih tapi senyum?
penah rasa sakit tapi gelak?
penah sakit hati tapi boleh buat lawak?
dia boleh kata aku semua.selfish?kejam?curang..tapi dia ta pernah nampak setiap malam bila apa yang
aku simpan dalam hati membuatkan air mata aku jatuh berjurai jurai.
bila aku marah dia buat apa?dia senyap.dia biar aku amik masa dan ok sendiri.
dia ta pernah tahu macamana benda tu aku lepaskan dan macamana sakit tu aku sembuhkan.
never.ever!
dulu N..sekarang E.penat kan jadi aku ni.hipokrit pada diri untuk orang.rasa sangat demn.

now S.
kalau tanya aku sekarang waktu aku tengah ketik ketik dengan keyboard ni.
tanya aku apa aku rasa pada dia.sah aku jawab!aku ta rasa pape.
haha.kalau dia depan mata aku tanya.kenapa la kau add aku than gaduh dengan aku pasal spain menang!!
dia memang ta pernah buat aku nangis.tapi malam ni.aku nangis.
dia buat?ta bukan dia yang buat.aku menangis sebab aku ta pernah rasa dia macam seorang bf pun.dia selalu.even setiap hari setiap masa setiap saat jadi kawan aku yang sangat flexibal.
non stop!aku macam rasa nak jerit kuat kuat kat telinga dia bagi sentap sampai jantung baik jangan declare dengan aku kalau kau rasa nak jadi kawan aku je.haha.aku tahu la jadi kawan aku ni best kan!
aku ta tau hati kau.aku memang ta tahu.sumpah.
aku ta tau kau nak aku pengang atau ta kau untuk aku.
aku tatau kau nak aku jaga diri aku untuk kau atau ta.
aku cuma tau.aku jadi penat dengan perangai  kau.
aku rasa mulut aku ni dah berbuih cakap banyak benda dengan kau!
untuk kesekian kalinya.aku lelah lagi.lagi dan lagi.

sebenarnya ketiga tiga orang ni sama je.buat aku lelah sampai aku menangis nangis sampai tidur.
buat hati aku sentak sentak sampai aku sedu.
tapi tiga tiga pun aku dah cuba bagitahu macamana nak handle aku.
tapi tiga tiga pun amik mudah dengan aku.
tapi aku selalu kena jaga benda ringan pada korang.penat lah weih!
aku senyum.sebab aku dah ta mampu na menangis.
aku gelak sebab hati aku dah penat merintih harap kau paham.

last word.terima kasih la selalu buat aku macam ni.
semoga Allah kurniakan kebahagiaan yang mampu mengajar sayang menusuk ke hati.
biar aku selfish pada diri aku sebab berbaloi aku rasa sebab aku je yang selalu pujuk hati aku!<3<3 thanks alot!



Monday 26 September 2011

bila kau jauh.

kenapa cemburu kalau ta sayang!selfish la kau ni..bongok betul.tapi cinta aku kat ko macam kaktus.ta letak air pun dia hidup!tapi berduri duri.rasa sangat demn.dulu kau rampas aku.aku da kata pegang aku,jaga aku baik baik!ko pegang aku kuat sangat lah kan terlepas!benci aku bila ada yg sayang kau lebih dari aku walau kau kata takk!bila aku belajar positif pada apa yang ada sekarang.muka ko muncul je aku kalah!!demn la bila aku cinta mati pada kau tapi kau buat aku sakit macam ni!benci kauu!!

yea,aku benci hati aku yang ta bole tipu perasaan aku.
lemah hati aku.

Sunday 25 September 2011

tuhan tahu kerja Nya

Semalam pegi UIA hantar kereta pakai motor pulak minggu ni.
merempit dari UIA balik shah alam.
ai suka perasaan naik motor masa tu.apa ek perasaan tu.ai pun tatau.tapi ai tenang.

abin.
awak seorang flexi orang nya.saya suka.
kita boleh berbual apa saja.semua.terbuka tanpa perlu berlapik.thanks for the freedom
awak seorang penyabar.ta sangka saya.tapi awak bersabar sambil diam.sebab awak tunjuk pada saya.
lebih baik diam dari berkata tanpa ilmu.saya hormat awak.
awak biarkan saya jadi apa saja yang saya suka.
120% haha.nice.thanks again.
awak panggil saya yam.bukan sebab  bunyik macam yang.
tapi saya tahu awak ta nak panggil benda yang sama orang lain panggil.

awak selalu sakitkan hati saya.
tapi awak ta pernah lagi buat saya nangis.
awak ta suka call saya.ta suka msj saya.ta suka cakap sayang pada saya.rindu pun ta.
seminggu sekali mungkin.tapi awak paling banyak hadap susah senang hidup saya selama awak kenal saya.
banyak.awak ta buat saya rasa ringan kan beban yang ada untuk sementara.tapi awak rancang sesuatu yang buat saya ta susah untuk selepas ini.
awak tanya saya kenapa saya pilih awak.
sebab awak hensem.haha.awak saja buat lawak sedangkan tahu jawapan saya akan menyakitkan hati awak.
saya ta pilih awak sebab awak hensem.sebab awak memang ta hensem.cuma kadang-kadang tapi setiap hari ada masa saya nampak awak hensem kat mata saya.sebab tu saya senyum je ta cakap pape.

awak suka senyap senyap kat wall saya tapi im dengan banyak perempuan cantik.
even da banyak kali saya perli perli awak buat jugak kan.haha.
then i know.
awak menunjukkan apa je diri awak.awak ta buat benda sebab saya,tapi awak jadi diri awak pada saya.
as long as awak ta tipu saya kan.that sweet.thanks a lot.
saya ta tahu macamana awak boleh buat saya percaya pada awak sedangkan awak suka seduce perempuan cantik cantik depan mata saya.tapi saya ta pernah nampak awak buat benda yang saya ta suka.
selain lawak ta kira masa yang kadang kadang buat saya rasa jengkel.rasa nak sepak pipi awak.haha

awak suka tumbuk saya betul betul kan.
sebab awak kata tu tanda awak sayang saya.demn.sakit bongok!
tapi saya suka bila saya pun dapat tumbuk awak kuat kuat!puas hati aku!!
awak ta pandai manjakan saya.tapi awak biar bila saya manja manja dengan adik adik awak.abang long la kan.
awak pandai bawak diri dalam family saya.awak menerima tanpa rasa ragu.tanpa buat saya rasa malu.
thanks abin.
saya ta pernah pilih untuk rupa seseorang.
saya sayang dan akan terus mencintai sesiapa yang mampu memegang hati,maruah dan diri saya kuat kuat.
saya da buktikan pada awak.saya akan ada waktu susah senang.
saya ta merungut kan.saya ta mintak bukan bukan kan.
saya minta maaf banyak ta jaga hati awak.tapi awak biar dan terima.awak bagi saya masa sesuaikan diri dengan keadaan kita dulu dan sekarang.

awak ta pernah janji macam macam.saya pun ta pernah cerita impian bukan bukan dengan awak.
cuma apa ada depan kita.tabahlah kita tempuh sama sama.
kita ta pernah ada cincin atau apa apa yang mengikat.
tapi saya percaya awak ta lupa siapa awak.
sebab awak ta pernah berjanji apa apa
maka jika ada silap dan salah.saya tahu saya ta terluka untuk sebuah janji yang dimungkiri.
terima kasih untuk itu semua.<3

awak ta buat saya jatuh cinta.tapi awak buat saya sayang selalu.
awak ta buat saya rindu.tapi saya geram selalu.
awak ta peluk saya.tapi suka tumbuk saya.
awak ta bawak saya pegi dating.tapi selalu bawak saya tengok rugby.
i <3 rugby.omg!

awak kerja.saya kerja.kita dapat jumpa makan malam 15 minit je.tapi ta pernah gaduh tentang masa kan?
lepas ni awak sambung plk.saya doakan awak kuat ya cak gemok!
saya pun na cepat cepat bukak nursery.awak nak support saya kan?
takpe aby..kita susah sekarang.esok lusa mana tahu Allah bagi kita murah rezeki.ai doakan susah kita ta sampai menyusahkan kita.:)

mama saya da panggil awak ababil,mama awak da panggil saya yam piling.
suka suka je tukar nama.thanks alot~for the happiness

Wednesday 21 September 2011

perasaan macam cendol~

.bila kita sayang.
dia kata kita selfish..semua pun kita nak!

.bila kita cinta.
dia kata kita tamak..mana satu nakdi kejar!

.bila kita rindu.
dia kata kita ayat manis bibir ada taman tebu...saja bagi hati parah!

kalau dah datang cemburu walau dalam keadaan ta patut nak suruh buat apa senyum jelah.
masa aku suruh jaga baik baik
kau buat pekak
bila aku bagi nasihat
kau kata aku mengugut
bila aku try jaga hati kau
kau pijak hati aku macam daun kering

macam aku ni kejam sangat kat kau kan.
macam aku ni ta penah memohon menangis pada kau.
tapi kau dengar kejap lepas tu kau lupa apa kau janji
semua yang kau janji janji bila sampai masa kau lupa!

kau janji ta buat aku nangis.
tapi kau tahu berapa kerap kau buat aku nangis dengan perbuatan kau,aku nangis dengan perangai kau!

kau janji kau ta abaikan aku.
tapi benda yang sama setiap kali kita gaduh adalah pasal abai mengabai!

demn la.
bukan demn pada kau
aku rasa demn pada diri aku sebab aku hidupkan hati aku untuk hidup dengan kau tapi aku ta mampu untuk tahan dengan apa yang aku hadap!
aku rasa demn bila aku jadi serapuh ni bila semua ni aku ta mampu na tahan!
aku kata pengang aku kuat kuat walau aku rapuh.
tapi kau makin buat aku rapuh.
kau tau aku degil dengan benda yang aku penat!
kau tahu aku penat dengan perangai yang merimaskan.
tapi kenapa makin tambah!

aku dah jelaskan  pada kau siapa aku!
tapi kau masih buat aku tertanya siapa kau!
salah aku ke kalau aku berfikir macam sekarang!!
fucking demn much kau buat aku rasa macam bangang la oii!

kau na aku ta fikir bukan bukan.sedangkan depan mata aku selama ni itu hakikatnya!
rasa macam apa..macam palat!
jadi na aku tahan dan hidup macam biasa?
aku hidup macam biasa.hadap apa yang ada.jaga hati aku sendiri salah??salahh!!!

tolong jangan buat aku sakit pada perkara kecil.
kau da banyak buat aku.walau aku macam ni.aku masih nak jaga perasaan kau!

Tuesday 20 September 2011

Dia pun dah jadi kenangan jugak.

Hari paling ta sangka.
apa yang ta sangka.rupanya aku berjiran dengan abang aku sendiri.
ta sangka aku.HAHA;)

balik balik je godeh godeh lappy.
da kena cuci lappy ni.before that godeh godeh mana tahu ada harta karun ta karun sangat lah!

dari file ke file,document ke document hingga gambar ke gambar..
tub tub ada 2 gambar ni haha buat aku rasa nak nangis ya,gelak pun ye,ketar ketar kepala lutut pun yea..
sebab aku rasa gambar ni aku je penah tahu wujud ta wujud.ada 3 tapi aku lupa lagi 1 tu kat mana.haha.




Haaaa...suprise. 
lama simpan gambar ni.banyak je lagi gambar tapi sebab gambar ni tade muka selamat lah.
sape je tahu siapa watak didalamnya..jeng jeng jenngg~~

benda da lepas.
kita sayang macamana pun kalau bukan kita punya siapa mampu lawan.takdir tetap takdir.siapa mampu ubah?

now.
belajar lepaskan.
belajar ikhlaskan.
belajar doakan yang baik baik.
belajar sayang yang ada dengan kita.
dan dan belajar la cepat cepat nanti cepat habis.
tahun depan na tunang dah ;))
mama dah suruh cepat cepat tuh!


Sunday 18 September 2011

mama dah sayang yayang saya :)

habis hujung minggu bersama mama.
 .terima kasih tuhan menghadiahkan aku sebuah keluarga yang rumit tapi membahagiakan.

mama banyak pesan,
pada aku mama pesan sebagai ibu,dia pesan sebagai perempuan,juga sebagai kawan.
pada shabin..happy bila mama bahasakan dirinya mama dengan yayang seorang ni.bila mama kata,
"sebetulnya mama dah anggap sabil macam anak mama''
benda kecil tapi besar erti pada aiai.
bila anak sedara panggil mummy..alahai sweet anak anak sedara.bila tambah comel dia panggil chabin daddy.
wahahahaha...semua da baik,baik along,angah,reen,atika..cuma puteri dengan am je takde.
nanti balik lagi.harap harp cukup kuato semua lah.

ma..
terima kasih suntik semangat.
ma..
terima kasih dengan iringan doa yang kuat.
ma..
terima kasih untuk kucupan di dahi itu..
ma..
terima kasih terima anak mu dengan seadanya.

ma..
apa mama pesan akan jadi sandaran,apa mama pesan akan jadi batu loncatan.
ika cuba ta lagi mengejar apa yang bukan milik ika.
ika redha kalau jalan hidup ika macam ni.
kalau semua jalan hidup ika ni harga untuk kebahagiaan semua.ika redha.
ika da cuba menjaga diri.ika da cuba mencari yang baik untuk menjaga ika,
ma kata mungkin liku hidup ika macam mama.
ma..
ika takut,ika takut ika ta kuat.ika takut dengan jatuh,ika takut dengan sakit,ika takut untuk semua tu.
ika takut, tapi sabil selalu genggam tangan dan meyakinkan yang ika boleh.

family saya semua awak dah jumpa,maknanya lepas ni saya da ta bole tolak bila awak na bawak saya dengan  family awak ya :))

ingat! awak da jadi daddy untuk anak anak sedara saya.alahai sweetnya bila ada orang yang tersayang dalam keluarga tercinta.

mama cakap tanpa cinta pun boleh berumah tangga,mama cakap bahagia tu jangan di cari tapi cari redha Allah.maka bahagia lah hidup.mama kata jangan cakap hal orang tapi jadikan ikhtibar apa yang jadi pada orang.mama cakap jangan berjanji benda yang bukan bukan takut nanti sampai masa kita ta mampu pikul janji sendiri.mama cakap lagi,nanti dah kawen jaga suami sebab dia amanah Allah.

jum kawen cecepat lah macam ni!tahun depan ya sayang :)

Sunday 11 September 2011

yang menanggung takkan sama dengan yang melihat.

SubhanAllah..ai dah terang kenapa ai masih di sini bersama yang ini.

cinta itu luas.bukan hanya cinta dalam hati.tapi lebih dari segala segi.
cinta pada pencipta,cinta pada rasulnya,cinta pada akhirat dan dunia yang harus seimbang.
ai mungkin bukan seorang wanita yang baik,malah jauh sekali sempurna di mata sesiapa saja.
malah ai sendiri melihat diri ai banyak kekurangan.ai malu dengan diri ai sendiri.
ai malu dengan pencipta ai.ai malu dengan amalan ai,ai malu dengan pergaulan ai.
malu itu iman.jika hilang sifat malu itu maka hilang lah iman tu bukan.

tapi manusia adakala hanyut,seperti ai yang juga adakala hanyut dengan duniawi maha palsu.
Allahhuakbar..ai takut bila hari esok akan jadi lebih buruk dari hari ini,ai takut menjadi seorang yang rugi.
ai takut bila Allah tarik semua nikmatnya untuk ai dan ujian nya ai hanyut menjadikaan ai semakin jauh.
ai takut dengan semua itu.

bunyiknya kolotkan?
tapi ai takut.ai takut menjadi umat akhir zaman ini.sungguh jauh di lubuk hati.
jika ada yang mahukan boyfie or hubby yang up-to-date,bergaya ikut gaya semasa,open minded and etc.
ai nak jugak.tapi ai harapkan yang mampu jaga maruah ai sebagai girlfriend dia.ai harapkan yang mampu lindungi ai bukan saja dari fizikal tapi rohani juga.yang mampu nasihatkan ai pada benda yang buruk pada benda yang baik walau perlu ambil masa.macam berlagak baik?whatever..

kalau ta bertudung sekarang,at least yang pandai tegur bila nak bertudung.
kalau terdedah sana terdedah sini,at least reti na tegur benda benda gitu.bukan kata hanya utk bf je.sbb bf je pun belum laki lagi kan.
yang ajak kawen memang ramai,tapi yang mahu kawen kerana menjaga maruah ai,yang mahu kawen kerana mahu lindungi ai dari terus dizalimi.itu hanya sorang yang ai kenal.
ai bukan mata duitan pun.kalau ai kata ai nak beratus ribu tu.itu hanya penambah semangat untuk berusaha lah;)

tapi sejuk hati ai bila insan yang mahu kan ai kerana mahu memelihara maruah dan lindungi ai dari kezaliman.
dingin hati ai bila walau dia mungkin tak sebaik mana,tapi dalam diam dia punya ilmu agama yang ai kagumi dan mampu berkongsi untuk kebaikan bersama.

:: Doa kita semua untuk kehidupan ini semoga kita mampu hidup dengan penuh kesederhanaan,mampu berkongsi rasa cinta yang ada dengan kita semai perlahan tapi mampu bercambah bukan hanya antara sesama manusia,juga bukan hanya antara 2 keluarga.moga ikatan yang terjalin mampu membimbing kita hingga akhirat sana.jika kita tahu kita ta mampu menolak setiap godaan yang datang,walau perih untuk kita tolak hadirnya tapi jika niatnya lebih baik kita berjauhan dari kita terus membuat dosa itu mampu kita laksanakan.maka,jangan di tanya kenapa bukan berbalik pada yang lampau jika yang kita pilih sekarang mampu melindungi kita dari fitnat mulut orang,mampu menjarakkan kita dengan dosa maha berat.mampu menyedarkan kita tentang hal remeh yang sebenarnya memberatkan bebanan kita di padang masyar kelak.

ai tahu ai masih terlalu rendah iman di dada,tapi ai selalu cuba untuk menjarakkan beza antara ai dengan perempuan yang menjamah mata lelaki dengan kecantikan.alhamdullillah.ai masih ta hanyut dengan rupa paras.di mata ai,tidak ada makna cantik pada NNz.semoga sederhana tetap begitu.biarlah ai tetap kalah dengan mana mana gadis yang hot di luar sana.ai cuma harap ai dapat seseorang yang mahu terus membimbing ai terus terusan untuk jadi muslim.untuk merealistikkan perasaan terhadap penciptanya,rasul dan agama.ai takut dengan dosa yang ada,ai takut :(

kenapa adam buat hawa begitu?

ketika cinta bertasbih..

dulu kita jumpa,awak pandang dengan mata yang redup.
hanya memerhati dengan senyuman manis.
nampak tenang.tidak memaksa.nampak senang dan lembut.

bila berbicara senyuman itu pembukanya,ayat nya sentiasa lembut.
mahu selalu menjaga hati.
setiap pagi menghadirkan diri dengan ingatan solat.
akan tanya dengan sarapan dan aktiviti yang bakal mahu dilakukan.
tanpa mahu melarang hanya ingatan menjaga diri baik-baik.

sentiasa sabar dengan setiap ujian yang datang demi sebuah perkenalan yang ikhlas.
sentiasa berusaha mendekati dengan doa pada Allah.
sentiada yakin dengan jodoh yang tertetap antara adam dan hawa.

tapi kenapa semua tu berubah.

kenapa adam itu bukan adam yang sama saat hawa mengenali seperti dulu.
kenapa ada bukan setenang dan sesabar yang hawa hadapi dulu.
yang selalu menanti dengan sabar.yang selalu ada waktu susah dan senang.

wahai adam,
tahu kamu bahawa daku tenang melihat kamu solat.
daku tertusuk di jiwa jika kamu menasihati dengan lembut.
daku terpaut dengan kesabaran yang penuh tenang kamu tunjukkan.
daku terpesona dengan doa mu untuk bersatu dengan ku.
daku mencintai waktu kau menitiskan air mata tanda kau benar mahukan ku jadi milikmu.
ingat waktu kita pernah berjemaah bersama menghadap ilahi agar kita terus bersama dan kuat dengan setiap ujian nya.
ingat waktu kita bersama di dapur,memasak dan menyambut raya bersama.

tapi adam..hawa keliru.kenapa kau berubah dari adam yang pencinta kepada adam pendesak?
dari adam penyabar kepada adam pendendam?

kenapa ya adam?

hawa pergi kerana adam tidak kuat memapah hawa tika ada syaitan yang memperlekehkan maruah hawa di depan mu,tapi kau hanya mampu kata kan jangan tanpa mampu memberhentikan nya.kan?

hawa pergi agar dosa itu bukan lagi benda berat yang sangat berat antara kita lagi kan adam?

hawa menjaga maruah untuk masa depan hawa,salah adam?
hawa tak menyesal.
terpulang pada adam.;)

Friday 9 September 2011

kisah kau aku dan dia.jodoh kerja Allah

Tak perlu nak salahkan sesiapa.
hanya perlu katakan semua itu takdirnya.
kita hanya sang pencerita untuk menghidupkan cerita.
jika masa itu hati tersayat tapi mampu tersenyum
kenapa tidak kau juga mampu memberikan sesuatu seperti kenyataan nya bukan.

takdir dah tertulis itulah kisah kita.
di hati kau,katanya aku.tapi di mata ku ada dia di sisi mu.
di mata mu ada dia,tapi di hati ku hanya tuhan saja yang tahu.

biar jodoh yang datang itu hanya datang dan pergi kerana Allah.
itu lebih baik.

bila air mata tak tertahan lagi~

cerita untuk kita yang nak couple tapi ta reti nak jaga hubungan tu.
orang lain ada awek.nak jugak.tapi bila ada sia-sia kan.
yang dah ada boyfriend tapi nak jugak kawan tapi mesra..

check ths out~

Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sebelum terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai kaumku bergelar suami,
jika seorang isteri pernah menangis keranamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …

Wahai suami-suami, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”



Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal…

Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI-ISTERI yang soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mereka begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.



.bila seorang perempuan itu menerima mahar dari seorang lelaki bergelar suami.maka diri nyaa,hidup nya,dunia nya semua untuk suami nya.
maka itu..kenapa perlu wahai adam harus melihat yang lain sedangkan yang mahu bersama mu sehidup semata di waktu susah dan senang menanti penuh sabar untuk terus berusaha menjaga segala hal dalam kehidupan mu.


.wanita mungkin rumit dimengertikan.tapi jauh disudut hati nya..dia menjadi sangat ego dalam pertuturan atau adakala perbuatan untuk menutup begitu rapuhnya jika hatinya hancur dek perbuatan sang lelaki atau suami sedangkan cinta dan sayang nya hanya untuk kamu seorang.

antiseptik penyakit bosan.

terasa nak kepoh.
keja keja keja dah dapat keja.
mak ni nyah pegi interview tu sebab kawan mak suruh..
nak sedapkan hati kawan je nyah.
mak ni banyak benda nak settle lagi dik non.
tapi nyah...mak tengok duduk situ macam market je.

takpe.tapke.
mak test 2-3 bulan macamana.
cik abang tu pun kejap kat putrajaya kejap nak ke cheras.
pitam mak nak pikir cik abang sorang tu nak keja mana.
cik abang kalau engineer keje asyik lukis lukis je baik abang keja je kat putrajaya tu.
kalau duduk kat cheras tu kang ramai pulak mata memandang.
hati adik pun gundah gulana lah abang oi oi.

since da dapat keja ni nyah..
hati lara tu tolak masuk tasik.
malas pikir.
kau nak kau pandai jaga.kau ta nak hade je yang nak.
kan senang?
malas pikir dah.sampai seru ada la tu mazda mps tu kan.
haha berhajat jugak maknanya hati nih!hadoi.

semoga Allah permudahkan perjalananku,semoga dijauhkan dari penyakit hati yang laroo~

Thursday 8 September 2011

kalau mata saya,mampu awak lihat.awak tak mungkin mahu.

                            Ku katakan dengan indah
                                                   Dengan terbuka
                                                     Hatiku hampa
                                                   Sepertinya luka
                                                   Menghampirinya

                                                    Kau beri rasa
                                                    Yang berbeda
                                                  Mungkin ku salah
                                                   Mengartikannya
                                                 Yang ku rasa cinta


                                                      Tetapi hatiku
                                                Selalu meninggikanmu
                                                Terlalu meninggikanmu
                                                 Selalu meninggikanmu


                                                  Kau hancurkan hatiku
                                                      Hancurkan lagi
                                                 Kau hancurkan hatiku
                                                      Tuk melihatmu
                                                   Kau terangi jiwaku
                                                   Kau redupkan lagi
                                                 Kau hancurkan hatiku
                                                      Tuk melihatmu



                                                 Kau buatku terjatuh
                                                    Dan tejatuh lagi
                                      Membuatku merasakan yang tlah terjadi
                                      Semua yang terbaik dan yang terlewati
                                        Semua yang terhenti tanpa ku akhiri
 ~~




tuhan tu  ciptakan sesuatu dengan sebab yang adakala hanya Dia je yang tahu kan.kan.
macam jugak apa yang jadi kat kita sekarang.semua bersebab.kenapa kita putus.kenapa kita bersama.kenapa luka.kenapa ketawa.kenapa sakit.macam sekarang.huh!

hidup kadang ta adil adakala ta setimpal kan.
sebab kita rasa kita da buat yang terbaik.
sebab kita rasa kita dah cukup menjaga.
sebab kita rasa kita dah cukup bagus.
tapi bila kita terlalu yakin.dan tiba tiba terlepas dari genggaman kita
kita pun hilang arah.
tapi..
kita tetap nak tuding jari pada orang lain tentang salah kita.
kita nampak lemah orang tu
kita nampak salah orang tu
kita nampak rapuh orang tu.
tapi bila benda tu memang silap kita.
kenapa kita senyap dan hanya tunduk seketika.
atau membatu dan anggap benda biasa.
nobody perfect.

saya tahu saya lemah.
saya sedar saya ta baik
saya reti saya ta mampu menjaga dengan sehebat mana mana perempuan lain

tapi saya belajar banyak benda,
saya belajar bercakap,biar awak tahu dan tak tertanya sorang sorang
saya belajar kawal emosi,biar saya ta merajuk pada benda yang ta patut.
saya belajar senangkan awak,biar awak ta rasa beban ada saya di sisi awak.ta mnyusahkan awak.
saya belajar suka apa yang awak suka walau saya ta tahu,biar awak tahu saya take note semua benda pasal awak.
saya belajar perangai buruk awak dulu,sebab bila awak buat perangai buang tebiat tu saya stay cool n senyum layan kerenah awak.
saya belajar berkawan dengan semua kawan kawan awak,walau saya benci diaorang kadang kadang sebab suka gunakan awak waktu susah je.
saya belajar sayang keluarga awak macam keluarga saya,sebab saya nak awak tahu..saya sayang awak dan saya sayangkan orang yang awak sayang jugak.
saya belajar rentak awak bercinta,biar awak rasa free bila bersama saya,ta perlu jadi orang lain.
saya belajar tentang semua hal remeh temeh perangai awak,biar awak sedar saya cuba untuk jadi seseorang yang kenal awak lebih dari orang lain.so,saya lebih cintakan awak lebih dari orang lain.

tapi...

bila saya dah buat semua tu..
lama lama awak lupa untuk 
jadi awak yang saya kenal dulu kan
yang rajin sayang saya,
yang selalu manjakan saya,
yang mahu menjaga hati saya,
yang tahu rindukan saya,
yang reti cari saya,
walau ta mengutamakan pun..
tapi antara yang didulukan.
saya penat menunggu  untuk semua itu.
lebih penat jika ada pihak ketiga walau secara langsung atau ta langsung
hati saya rapuh macam biskut mary rendam kopi.
tapi saya senyap,saya senyum.saya simpan,saya pujuk sendiri.
yang penting awak senyum dan kita ta gaduh kan.
tapi awak.sampai bila agaknya saya mampu menongkat hati saya sorang sorang?

bila saya sayang kawan kawan saya.
awak tarik muka.
bila saya manja dengan kawan kawan saya.
awak cemburu.
bila saya ada yang rindu.
awak marah kan saya.

tapi bila awak mencari sesuatu yang mengundang semua yang datang sendiri pada saya.
saya senyap dan buat saya faham dan senyum.
perkara biasa.lelaki.memang itu lumrahnya.

sejuta kali saya kata pun,takkan tersagat kat hati awak kan.
tak pe.saya cuba terima dan saya cuba faham.
asal awak bahagia.awak senang bersama saya.teruskanlah.
saya ta de apa.hanya mahu awak rasa awak sangat dihargai dan disayangi oleh saya setiap masa.setiap saat.<3


p/s:terima kasih sayang,atas hadiah air mata ni.sehat mata saya



Friday 26 August 2011

.dia saya punya rasa macam taman tema.

.baru sampai semalam.
tapi terasa dah berbulan duduk kat sini.
mungkin sebab saya jauh dari awak.
saya ta nampak mata awak.
saya ta pegang tangan awak.
saya ta cium dahi awak.

lately ni baru saya terperasan..
mungkin dah lama,tapi untuk rasa yang sekuat ini.
baru baru-baru ni.
tentang dia.yup dia.yang ada dalam hidup saya.

kalau dulu saya suka cerita siapa yang menjadi kenangan,
tapi saya lupa sesuatu yang indah dan bermakna di depan mata.

dia saya ni indah di mata.
di mata saya,dia comel.
(semua yang penah saya sayang comel,walau ada yang lagi comel..tapi comel awak saya tau :)

tapi..perkenalan yang melanggar batas prinsip,
perhubungan yang datang kerana kecewa.
perkenalan yang dimulai dengan cerita-cerita karut antara satu sama lain.
kenapa batas prinsip terlanggar?
kerana ini cinta muka buka bak kata najwa..

siapa kata kita ta mampu bahagia,
siapa kata cinta tu ta mampu bercambah jika pandai di manjakan.
siapa kata rasa sayang tu ta mampu bertukar pada cinta
tapi semua tu hanya dengan alasan..
bersabar la dengan masa..kerana masa itu penanda aras.

dia saya ni..
[manja]....probably not!(ta pandai memanjakan,tapi nak dimanjakan..sigh!)
[sweet]..sgt sweet talker,tapi bukan dengan saya.(realiti lebih baik adakala walaupun geram kadang2)
[naka]l...yes!dia saya mmg nakal..dengan bermacam gadis,tapi its ok..sebab itu dia sebelum saya kenal,dan masih dia selepas saya kenal.tapi jangan larut sangat sampai kahwin yea yayang :)
[setia]...semua atas dia,tapi dia ta pernaha janji yang dia akan setia.tapi at least kalau dia ta tipu..mungkin benda benda mengarut boleh bawak bincang lagi.

ta kesah la kan..macamana dia.
ta kesah la kan dia handsome ke,rendah ke,apa ke..tapi kalau kita mampu seiring dan sejalan..saya yakin kita mampu bersama.

dia saya,awak jangan jemu dengan kerenah gedik saya keyh!
dia saya,awak jangan marah saya pada benda yang saya buat silap ,tapi awak tegur baik baik..saya akan dengar walau saya tau saya degil.
dia saya, awak sabar yea bila saya hangin ta tentu pasal even saya masa tu ta cuti.
dia saya, awak layan je kalau saya cerita benda benda mengarut tentang hal kita dolu - dolu yea.

mungkin saya ta mampu nak sediakan diari cinta dengan awak.
juga saya ta mampu untuk bermanja macam gf kesayangan awk dulu-dulu
atau ta mampu untuk buat apa saja yang awak rasakan sweet.

tapi saya da take note bila dengan awak.
contohnya..~~
dulu awak nak sangat berat 70kg kan kan..ingat ta,masa tu berat awak asyik 61-62-61
tapi sekarang berat awak da 77kg kan kan kan..babe,since berat naik ni..semua tegur.HAHA.
awak da gemok!perut awak pun da naik naik naik macam pau~wawawawww!!tapi..saya happy bila tengok awak gemuk gemuk macam tu.biar la orang na kata apa,pada saya awak comel je kan kan.saya suka tengok awak makan.takpe lah,bila awak main rugby...orang tackle awak..awak jatuh pun ta sakit sangat.mesti boleh senyum dalam padang kan sayang~

saya tahu..saya ta mampu untuk terus mengejar pelangi sedangkan hujan di depan mata saya selalu cuba menyejukkan hati saya.mungkin pelangi yang saya tunggu..indah dan pernah membahagiakan saya..tapi benda bukan milik kita,kita kena lepaskan.saya doakan pelangi saya bahagia.walaupun awak hujan,tapi awak selalu teman saya,selalu gaduh dengan saya,selalu tinju saya.sakit..tapi tape,itu sweet!bongok kan bunyik nya.tapi yang da jumpa kita je tahu macamana kita kan syg?

by..ta mau simpan dalam hati apa yang ai kata,
jangan berbuku dalam jiwa apa yang ai sebut.
kita sama-sama belajar untuk melengkapi satu sama lain..
(oii~beza umur 4 tahun...blaja2 jadi abg sikit~)

sal sayang sabil...nur yayang zulaika mintak maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki,mohon maaf zahir batin. :)) <3<3<3

Saturday 20 August 2011

terhenti dan menunggu






kenapa lagu ni ek?

andai kau dapat memahami,bahawa ku menanggung semua ini..
bukan niat ku mahu kau pergi,tapi  ku masih terhenti di sini sayang..
dirimu menyalahkan semua erti..
tapi diri ku masih terhenti disini..

tiada daya untuk ku lakukan..
kau tiba di waktu ku masih punyai cinta..

tapi saya masih di sini.dan akan terus terhenti di sini!

Wednesday 17 August 2011

kau nampak aku bahagia..kau tahu ke aku bahgia ke x?

perlu tak kalau sayang orang terzahir dengaan ucapan manja?
perlu ke pulak kalau mencintai seseorang terzahir dengan ucapan romantis?
apa yang perlu dalam bercinta.nak mengenengahkan isu ni berat gak.sebab aku rasa aku pun fail gak bab ni.kalau tak..tak hade nya la aku pun dtg dan pergi begitu saja sesuka hatimu~owhh kejam nya dikau.

.kadang-kadang aku yang kejam.aku ngaku.

berbalik kepada cerita pokok taugeh ni.
fine.untuk perempuan.kalau lelaki ni tak pandai sangat la nak menzahirkan dengan manja2 atau sweet pop corn pun at least ada la gak manis2 kopi ke.jangan nak bagi alasan sangat la kan yang korang memang tak sweet atau xreti manja manja ni. ~ahh!dulu masa nak mngayat orang tu..sanggup menuntut ilmu ngorat dari kawan kawan playboy.tapi kenapa bila dah dapat xhade usha korang lelaki oi! untuk menuntut ilmu dari bapak korang macamana nak kekalkan hubungan tu sampai akhir hayat.haa~kenapa kenap.meh beta la kalau berani!

.lelaki ni bila belum dapat,semua menyenangkan hati.semua melembutkan jiwa.semua sanggup mati.
bila dah sah jadi gf pun baaru nya pun~
tapi..
semua nak malas,semua nak buat muka masam muka ketat,mula nak marah marah.mula lebihkan bola/rugby dari gf sendiri yang setia tunggu kat sebelah.wah~

bila gf korang ngadu itu ngadu ini.nangis sikit.
mula nak kutuk la malas layan la.dasyat cipan plak hade yang kutuk "ahh! mngada la benda kecik nak nagis,macam lah mati kalau xnagis."
how demn u lelaki~

bila semua tu terzahir.bila perempuan mula bosan.korang tetap salahkan perempuan.bila perempuan mula hi hi dengan orang lain.ngamuk mngalahkan mak bapak gf korang plak ngamuk.tapi tengok sikit perangai monyet korang tu baik baik bole?

u get what u give

perempuan pun even aku perempuan kadang kadang aku tak paham apa masalah korang yang teramat besar sangat nak merajuk tak tentu hala.nak pegi tengok wayang tak jadi pun merajuk ke.boleh tak korang tukar perangai suka merajuk tu kepada perangai yang mendatangkan pekdah contohnya macam perli2 sikit je.ala setakat sakit hati skit,pastu baik la balik.ni kadang2 tak mencari,tak call,mesej pun da tahap2 orang tua yang da 30-40 tahun kawen.apa ke hal nya!jangan la mengada sangat!

aku ngaku lah kan aku ni mngada,tapi dengan orang tertentu.yang level sayang nya juga tertentu.tapi alhamdullillah lah kan aku tak hade plak nak majuk memanjang smpai berjam jam sebab pada aku memang tak de pekdah nak majuk lama lama sebab bukan dapat emas permata atau bank korang akan penuh dengan duit.lagi makan hati.ulam jantung beserta jus hempedu.so baik tak usah.kalau sakit hati,mampu sakit semua sendi sendi badan dik non~

benda benda yang aku cuba lahiriahkan di sini nampak remeh,nampak macam alah kalau ngadap pun bukan lama kejap je..tapi kalau benda yang sama dibiarkan di pandang remeh.alamat bersarang tebuan la di dalam hati.sekali terbakar dik..hangus.

.walau kita kata cinta tu datang tak diundang,pergi tak dihalau.
tapi kalau kita jaga baik baik..mana tahu membawa bahagia hingga akhir hayat.
bila bercinta jangan hanya bercinta,tapi sediakan diri,satukan hati untuk hidup bersama.sebab tu kena belajar 2 way communication.supaya tak hade la nak gaduh level budak sekolah!



Monday 15 August 2011

jika luka itu mahu mu,ambil lah sayang ku~

hati kata..maaf dengan kesemua ketidak sempurnaan.
ku lepaskan kau untuk kau mendapatkan yang terbaik.
ku tinggalkan engkau untuk sebuah senyuman yang selalu melembutkan hati.
ku hamparkan selembar harapan moga kau bahagia hendaknya.
moga takkan ada lagi air mata antara kita.
walau kehilangan senyuman yang dulu nya peneman kita.
setiap permulaan,pasti ada akhirnya.dengan apa atau dengan alasan apa.
jika sampai akhirnya..berakhir itu,takdirnya.

jika senyuman dulu melembutkan hati,
namun kini pedih bagai belati.
jika sentuhan dulu lembut membuai perasaan,
namun kini tangan itu kasar membelah jiwa.
jika kucupan di dahi dulu mampu menggugurkan semua masalah,
namun kini hanya membawa parah di hati.
untuk apa terus bersama.
untuk melihat kau bersamanya.
untuk melihat kau mngenangkan nya..pasti tidak kan.

ajal maut itu takdir Allah.
mohon Allah jaga dirimu untuk ku.
moga terlindung segala luka pernah singgah dulu.
moga kau pernah tahu hati yang mencintai lebih dalam dari mata yang melihat.
tapi mata takkan bisa memujuk hati yang terluka.
hati takkan mampu menyembuhkan luka yang berdarah.
kan kan kan sayang?

jika berat pinta nya untuk menjaga sekeping hati yang terluka.
maka..
bukan kau untuk ku sanjung menjadi pelindung seumur hidup ku.
jika kau mahu dicintai..
bukan harta,bukan tampan mu wahai arjuna..
cukup kau sentiasa tahu bahawa aku menjaga hatiku untuk mu moga kau tahu
walau tidak selalu..tapi jaga lah hati yang selalu kau abaikan.
bagaimana hendak ku gambarkan luka di hati jika senyuman ini terhias untuk membuatkan bahagia,
niat hanya mahu kau tahu..aku cuba sedaya yang mampu membuatkan kau mudah dengan ku.
tapi takdir kita.bukan kita yang tahu~

akhir bingkisan,selamat tinggal.aku tinggalkan kau bersama hati yang selalu mencintai mu walau dari jauh <3

Thursday 11 August 2011

tunggu saya ok?


kau jaga selalu hatimu
saat jauh dariku tunggu aku kembali


mencintaimu aku tenang
memilikimu aku ada
di setiap engkau membuka mata
merindukanmu selalu ku rasakan
selalu memelukmu penuh cinta
itu yang selalu aku inginkan
kau mampu membuatku tersenyum
dan kau bisa membuat nafasku lebih berarti

kau jaga selalu hatimu
saat jauh dariku tunggu aku kembali
ku mencintaimu selalu
menyayangimu sampai akhir menutup mata
kau mampu membuatku tersenyum
dan kau bisa membuat nafasku lebih berarti


cinta zaman berzaman

.i love him.
senyap tapi teguh.selalu terasa panas je mata bila terasa sayang dan rindu tu datang serentak.tapi sampai bila?mampu ke bertahan rasa yang ada?mampu ke sabar dengan jaraknya nanti?saya jauh,awak jauh..teguh ke awak untuk terus menunggu.kuat ke awak untuk melayan kerenah saya?

dugaan cinta jarak jauh ni sebenarnya tak susa.ikut pengalaman..tapi kena rajin ada masa bersama.sebab pakai phone and internet jela kan.setahun dua rasa masa tu mampu je.tapi bercinta masa sekolah dengan bercinta waktu da kerja ni jauh bezanya.pendapat pun dah berbeza.cara perbualan,topik,pandangan semua berbeza dah.jadi persoalan.hubungan cinta jarak jauh,macamana nak mendekatkan yang jauh tu dekat di hati.

bercinta ni kena selalu bersama,jarak kalau jauh boleh handle,tapi kalau dah jauh hati,payah nak handle.bila jauh hati,mula nak majuk gaduh syak bukan-bukan.selalu gaduh pun bosan.so selalu jalan penyelesaian nya adalah simpan je dalam hati kan..kan.sebab tu bila perempuan ni simpan dalam hati,memendam rasa.bila dia terasa dia senyap,lepas2 tu dia ok lah kan dengan sendiri,magic kan?tapi sebenarnya betapa payah la sangat sangat dia nak memujuk hati wanita nya itu.nak kena positifkan benda yang dah lebih dari 2 kali terjadi dan menyakitkan hati.lelaki?korang boleh buat?

tapi lelaki selalu lupa atau xnampak atau saja tak ambik tahu tentang semua tu pada gf dia kan kan.bila perempuan tu da boleh terima dah positifkan diri tentang hal remeh temeh,lelaki suka untuk buat lagi.kenapa?pernah terfikir macamana perempuan tu sabarnya dengan senyuman,tapi hatinya?lelaki akan marah bila perempuan tu berkawan dengan lelaki.."berkawan" tapi marah macam perempuan tu dah kena tangkap basah dengan kawan tu.tapi bila lelaki yang kantoi 'berkawan' siap lepak sesama,bergambar rapat2 buat bodoh je bila kantoi kan.perempuan tu ngamuk..lelaki buat apa?buat muka slumber dan senyap dulu dengan alasan..ahh,perempuan tengah marah memang macam tu,biar cool dulu.lelaki tak sedar kan yang sebenarnya korang dah membunuh rasa sayang cinta yang dalam tersimpan dalam hati perempuan tu.

tapi.
tak adil untuk perempuan juga selalu salahkan lelaki,
kerana kita perempuan senang terbuai dengan ayat manis.
kerana kita wanita selalu ingin dimanja,ingin di dengar,ingin selalu dekat.
bila ada yang memberi lebih dari bf kita so kita pun senang je berubah hati kan.
bila gaduh dan sudah ada perkataan nak putus tu..semua keluar kan.
sakitnya hilang orang yang kita cinta.
dulu ada kawan kata..lagi selamat kalau kita bercinta dengan "jangan pegang tapi jangan lepas"
tapi benda tu adakala betul.
tapi kalau 2-2 kuat dalam hubungan mesti ok.
bangla hensem serupa shah rukh khan pun takkan mampu menggugat~

Wednesday 10 August 2011

baby gurl or boy?

.halloo~
since ai pakai DP facebook tu gambar orang mengandung yang sangat sangat sangat bolat dan comel,then semua tanya adekah aiai mengandung?gela ke!celah mana nak datang anak tu kalau ai sendiri tak kawen lagi hadek kakak!itu gambar hanya gambar yang bukan ai mengandung..tapi orang lain,yang pada mata ai sangat comel.

.berangan.
haa..berangan tu mesti ada,alah korang pun xpayah nak tipu sangat xpenah berangan.but then,bole x nanti ngandung nak comel macam tu jugak.so dady dia pun kena lah comel jugakkan.tadi malam balik dari kerja sambil tunggu cik lulu i tu~dengan slumber membayangkan masa depan.haha.awal2 membayangkan tu nampak kelam kelam..tapi bila lama-lama fikir..ta hade la teruk mana pun even tak dapat sambung study sekarang,mungkin belum rezeki.mungkin rezeki yang lain dulu yang bakal didahulukan,yang penting ai fikir benda2 positif.

.masa depan.
kalau mengeluh rasa macam ta mngakui takdir pulak kan.tapi sebenarnya jalan yang di hadapan lebih berliku.tapi antara ya atau tidak keluhan tu ada.tapi at least ai cuba la untuk teguh dan plan strategi baru melainkan ada yang datang dan kata,"zulaika,kita kawen"..dan dia sanggup duduk sabah dan bina hidup sama-sama kat sana.hade ke yang macam tu~poor me kan kan.semua tu takdir Allah,sape lah ai ni nak melawan takdir.mungkin rezeki orang lain lain yang didapat!paling lah menyedihkan...nanti jauh dari buah hati.hubungan jarak jauh lagi,awal bismillah..hati belum tentu seteguh dulu.tapi ai percaya takdir Allah.siapa dan bila insyaAllah ai boleh terima seadanya.ahh!baik pulak aiai malam ni!

.penat.
kalau la siapa kenal ai,mesti penat dengan cerita cerita mengarut tentang hidup ai,ai yang melalui lagi penat.yang mengadap orang yang memenatkan lagi tambah tambah penat.dan semua yang rapat hanya kata "ka..kawen jela,sebab cuma lelaki bernama suami je boleh tolong kau"..kan kan.ai pun rasa macam tu.but who??boleh buat iklan ta ai nak calon menantu untuk cikgu katty kat sabah tu!ahh~u make me sick.
dah berapa bulan?banyak banyak bulan ai rasa ai tak bermanja..macam mana nak manja?lupa dah.dengan sapa jelah ai nak manja..korang tak rasa yang ai ni kekurangan kasih sayang dan memang tiada tempat bermanja.poor me again!!tapi ai rasa nanti bila da stabil ai nak amek anak angkat!dlm umo 22-23 nanti lah.sekrang ta mampu lah gayanya..nak bagi susu tang mana?beli makan pun mama tanggung,takkan nak suh mama tanggung ai punya anak..nanti anak ai kutuk mummy  dia ni plak~so lepas ada baby ta hade la lagi keluh kesah mahu tempat bermanja kan.ai manjakan anak ai,ank ai manjakan ai.masa tu kawen lagi 5-6 tahun pun tak hapee~gatal!

Tuesday 9 August 2011

hari puaka

.selamat untuk seharian.alhamdullillah..
sepanjang hari rasa macam tak sedap..mungkin kena sampuk dek jin tanah bernama aniss kowt,atau jin pokok bergelar syuhada..(haha,nampak sangat aku xsuka nama tu~)

hati ohh hati resah saja sepanjang hari sampaikan cik reza perasan.."kenapa awk ni ika,gelisah je saya tengok"
~~cik..saya rindu jantung pisang saya.tapi dia senyap je dengan saya cik~~
kau ni RINDU,datang lah hari lain ke,bulan lain ke saja nak kacau jiwa aku jadi sasau macam ni!
nak buat kerja pun xjadi kerja,jadi taik mata :) HAHA.

last sekali paling best adelah,aiai kan da deman!

Monday 8 August 2011

welcome 2011

since 2010 dengan kemenangan spain banyak benda berubah dan banyak benda yang bertukar-tukar.dunia blog aiai pun mula menampakkan yang dia turut mengikut rentak tuan nya lah semestinya.

.pagi ni tetiba dapat hidayah untuk menulis balik kot.kind of.
.tapi bukan tentang kisah hidup,lebih kepada isi hati yang terluah dengan pelbagai cara kecuali yang songsang.itu bukan bukan yea!

.moga kali ni lebih matang lebih dalam lebih teratur dan doa untuk setiap waktu agar lebih baik dari yang lepas.insyaAllah.amin amin aminn!

jangan hengat muka senyum itu hati gembira sangat ya!kadang-kadang mata pandai menipu jugak :)

wajah bukan cetakan jiwa


  • Kadang-kadang kita lupa nak tanya khabar si dia
  • Kadang-kadang kita selalu ingat dia tak ingat kat kita
  • Kadang-kadang kita selalu lupa segala kenangan kita bersama
  • Kadang-kadang kita hanya ingin tahu dari ambil tahu
  • Kadang-kadang kita pandai cakap daripada melakukannya
  • Kadang-kadang kita tak sedar kita sakitkan hati orang
  • Kadang-kadang kita buat orang kecewa..

Dan banyak lagi perkara yang kadang-kadang kita buat smpai kita sebenarnya semakin jauh dari orang yg kita sayang..xkira la sepenuh ati ke,setengah ati ke,xde ati ke..n apa ke.Tapi aku lebih percaya pada cinta yang teguh di hati.Pada aku lak,suatu masa kita akan bertemu seseorang yang keunikannya sehaluan dengan kita ,kita bersama dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan yang di namakan CINTA.Hahaha..aku kadang-kadang gelak bila aku mnceritakn tentang cinta sebab aku sndri tahu aku tak mampu nak jaga cinta aku sendiri..entah kerana aku yang memang banyak kurang atau memang aku jumpa insan yang salah.whatever.Aku percaya pada cinta yang teguh di ati.Seseorang yang tidak akan kita lepaskan.Seseorang yang tidak akan kita tinggalkan.Tapi ingatlah,melepaskan bukan akhir dari dunia.Melainkan awal suatu kehidupan baru.Kebahagiaan ada untuk mereka yangtelah mencuba.Kerana merekalah yang dapat menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh hidup mereka.

Cinta yang sejati adalah ketika kita menitiskan air mata dan masih mengingatinya,ketika kita masih menunggu dengan setia,ketika dia mula mencintai orang lain tapi kita masih boleh tersenyum.Apabila cinta tak tercapai,bebaskan diri biarkan hati kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas lagi.Ingat lah bahawa kita mungkin akan menemui cinta dan kehilangannya,tapi cinta ketika itu mati,kita tak perlu mati bersamanya.sebab aku pun tak nak jadi orang yang mati kerana cinta yang mati.aku sayangkan nyawa aku lebih dari cinta kamu yea wahai adam!

Seseorang yang kuat bukannya yang selalu menang,melainkan mereka yang tetap gigih ketika mereka jatuh.Entah bagaimana dalam jalan kehidupan ,kita belajar tentang diri sendiri dan menyedarinya bahawa menyesal tak seharusnya ada.hanyalah penghargaan abadi atas pilihan-pilihan kehidupan yang telah kita buat.haha..sukati aku la apa yang aku nak merapu.ok2 sambung,

Mencintai bukanlah bagaimana kita melupakan,mendengar,meihat dan melepaskan tapi bagaimana kita memaafkan ,mengerti,merasakankan dan bertahan.Aku mampu akui untuk menjadinya sangat sakit sehingga mampu sesak nafas berlinang dengan air mata dan adakala mampu mnjadikan seseorang itu tidak dapat rasa sakit yang lebih sakit dari itu.Tetapi,lebih berbahaya menitiskan air mata dalam hati,dibandingkan menangis teresak-esak.Air mata yang keluar dapat di hapuskan tetapi air mata yang tersembunyi mengguris luka yang tidak akan pernah hilang.90% ini lah fakta.

dalam cinta sesama manusia kita sukar yang menang.Tetapi ketika cinta kita itu tulus,meskipun kalah,kita tetap menang hanya kerana kita bahagia dapat mencintai lebih dari kita mencintai diri kita sendiri.Akan tiba saat di mana kita harus berhenti mencintai seseorang bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita,tapi kerana kita menyedari orang itu akan lebih bahagia apabila kita melepaskannya.Kadangkala orang yang kita cintai adalah orang yang paling menyakitkan hati dan kadangkala teman yang menangis bersama adalah dan kita tidak sedarinya.Kerana itu lepaskanlah insan yang kita cintai jika dia ada orang lain,dan doakan yang terbaik.ok??

.jangan buat benda ni dekat haku,pasti dapat sup selipar~sedap!

1. bila awek mula mengamok baling² barangPetua yang mesti diamalkan:

korang cuba sambot ape yg dorang baling tu. inilah masanyer korang nak tunjuk kepantasan korang menjadi goal keeper.

2. bile awek korang mule menjerit tak pasal² menengking, membebel tanpa hentiPetua yang mesti diamalkan:

korang menyanyilah sekuat hati dengan penoh perasaan mengikut melodi sebenar penyanyi asal. inilah masenyer korang nak tunjok yg sore korang sedap giler!

3. bile awek korang tenong korang cam nak telan (garang arh konon!)Petua yang mesti diamalkan:

korang senyom jek pandang awek korang tuh! inilah masenyer korang tunjok betapa comelnyer muker korang ketika senyom!

4. bile awek korang hambik sumer barang² dia bungkos ala² nak lari rumahPetua yang mesti diamalkan:

korang tolong kemaskan barang² dia. hambik semua barang² dia masokkan dlm plastik sampah kaler itam tuh. inilah masenyer korang nak tunjok betapa rajinnyer korang, ringan tulang dan suka membantu.

5. bile awek korang menangis akibat terlalu marah dan sakit hati hingga mengalirkan airmataPetua yang mesti diamalkan:

korang ketawalah berdekah² hingga terguling². inilah masenyer korang nak buktikan bahawa korang berusaha buat awek korang gumbira ketika dia sedang berduka, sedih dan terluka! hehehe…

Sekiranya korang berjaya mengamalkannya:

Thniah lau kne plangkung fre2 pastue yee...