sejahtera beserta salam

cara terbaik meneruskan hidup adalah terus bernafas dan hidup.

Saturday 28 July 2012

kahwin owh kahwin:))



Alhamdulillah.
Sebelum ni persediaan untuk majlis.hari ni bila dah hadiri kursus kahwin.
Memang terasa sangat dah dekat tarikhnya.
fuh!tenang hati tenang.
Bila dah hadiri kursus,rupanya banyak benda yang patut diamalkan dalam rumah tangga.
harus kita kekalkan dari kahwin sampai lah beranak pinak.
kena ikhlas terima bakal suami tu seikhlas yang mungkin kerana Allah:)
dia boss kita kat dunia.
darjat dia tinggi.walaupun dia hanya penoreh getah.
alhamdullillah!

seharian di pejabat agama.seharian dengar ceramah.
seharian menambah ilmu.seharian bergelak ketawa.seharian muhasabah diri.
balik balik dah hampir 5.30 petang.
sempat cari bodykit untuk kereta cinta katanya! ceit~
kereta tu ta mintak pun bodykit,tapi dia pulak yang getik nak bodykit baru!
ni yang..bakal bini u ni nak ajak u pergi KK home deco cari barang barang untuk hantaran ni!!!





grr~ terasa sewel jelous dengan kereta sendiri.
esok ada satu lagi sesi.
happynya!
Dia lagi lagi lah happy~katanya dah dapat ticket untuk kahwin!
next week kena balik johor,
uruskan urusan pejabat agama sana pulak!
owhh.kahwin ohh kahwin.

Saturday 21 July 2012

aku degil.biar aku.

sumpah mata aku merah.
sumpah hati aku sebak.
sumpah air mata aku mengalir.ta tertahan.ta mahu berhenti.
sumpah jiwa aku meronta.
sumpah aku ta percaya.
sumpah jiwa aku kosong.
sumpah aku diawangan.andai tiada iman didada nescaya putus pembuluh darah.
sumpah aku sakit lagi.sumpah sangat sakit.
sumpah aku ta tipu.aku cinta..aku sayang.
sumpah demi Allah aku sayang,aku doa sampai mati.
sumpah tiada niat untuk berganti.
sumpah sumpah sumpah.aku terhiris ta terluka.
jika mencintai terus merindui mampu melukakan seluruh tubuhku..sumpah sekarang aku tinggal nyawa nyawa
ikan.
aku bertahan.aku menahan.aku memohon.aku bersabar.aku terus menunggu.
sumpah selagi aku mampu,selagi tu aku kuatkan untuk kau.
selagi aku tahan selagi tu aku degilkan demi kau.
biar nafas terhenti.biar mata terus mengalir airnya.
sumpah aku juangkan.sumpah aku kuatkan.sumpah.sumpah aku juangkan ikhlas lillahitaala.
sumpah aku perit melihat.tapi aku takkan berpaling.
sumpah aku sakit menahan,tapi aku takkan berganjak.
kau suka degil aku cintakan kau.sampai mati aku degil.sampai habis nyawa dan jodoh aku degilkan demi kau.

hiduplah kau terus hidup pembuluh darahku.
bahagialah kau terus bahagia nyawa hati beta.
akan beta tetap berdawai besi hati sekeping.untuk kau.sumpah demi kau.
jika mata mu buta memandang aku.mata hatiku sentiasa nampak kau walau dalam samar malam.
jika kau penat bersamaku.sejauh mana aku teman susah perit kau.
takpe.aku tahan.aku kental.itu nawaitu ikhlasku untukmu awal bismillah kau menjadi milikku.
teruslah nyawa.kau terus hidup.biar aku duduk tersangat jauh dalam hati hingga kau tidak dapat merasa.tapi aku tahu.aku mahu selalu tahu.aku akan sentiasa ada.sumpah aku ada.

Friday 20 July 2012

azam.azam dengan niat kerana Allah :))

Esok genap setahun ai jauh dari family.tanpa adik beradik.tanpa ayah.
cuma ada sabil.
dia yang menjaga.
dia yang tengok tengokkan.
terima kasih.

tapi sahur pertama tanpa dia.
sayang tak kemana kan?cuma balik berjumpa keluarga.

azam azam waktu puasa kali ni banyak!
berkobar kobar.
perasaan bercampur baur!
pertama!azam nak betulkan diri dekat pada jalan Allah.lebih kenal Allah.
kedua! nak belajar lebih banyak ilmu yang bermanfaat dan menyediakan diri untuk jadi isteri yang cerdik.:)
(angan tu perlu jika nak berjaya.)
dear kata dia bagi 188% untuk bantu cita cita ai!
adik adik dia.alhamdullillah.
semoga suatu hari nanti dapat jadi manusia berjiwa zuhud insyaAllah.
semua manusia ada dosa.bukan kita untuk mengukur.
sedangkan sang Pencipta murah dengan pengampunanNya..kenapa hamba yang hina ni sombong dengan meminta maafnya.Ya Allah...kecilnya hamba Mu yang sombong ni sedangkan segala yang ada padaku ini sekadar pinjaman.

jadikan aku hamba yang rendah hati.
jadikan aku hamba yang redha dengan takdirMu.
jadikan aku hamba yang selalu bersabar.
jadikan aku hamba yang taat pada suaminya.untuk aku mengejar syurganya.
amin .amin ya Rabbal alamin.

Wednesday 18 July 2012

saya lah tulang rusuk awak yang hilang tu :))

ini kisah.kisah dulu dulu.
tapi belum habis..insyaAllah ta habis habis.
stay sweet.stay be my sabil.

orang tu kata sayang dia infinity.
orang tu kata lagi bila dah sayang,kena berani percaya.
betul! kalau ta percaya akibatnya gaduh gaduh aje.
semua jadi ta best.

bila bersama kena belajar hidup bersama.
susah sama sama,senang sama sama,ketawa bersama menangis pun bersama.
orang tu cakap lagi.kalau nak jadi isteri kena jadikan nasihat suami tu pakaian.
"isteri cerdik yang solehah,penyejuk mata,penawar hati,penajam fikiran..
di rumah dia isteri di jalanan kawan"
jadi suami kena tegas,kena pandai cool jugak.

kami dah pilih tarikh.
24.11.2012  akan jadi tarikh kami nanti.
doakan yang baik baik untuk kami.
doakan kasih sayang kita untuk dia dan family dia selalu.
sama untuk dia juga ya.

Mintak Allah jauhkan segala ujian dan dugaan besar antara kami berdua.
tanamkan rasa takut kami pada api amarah Nya.
jadikan kami suami isteri yang taat pada perintahnya.
doa banyak banyak.sangat banyak.
nnz dah dapat pelangi yang dicari.ta mengejar.dihadiahkan oleh Allah dengan hikmah yang baik baik.
Alhamdullillah.
jika ditanya kenapa dia?bukan yang lain.
saya memilih agama yang dianutinya.
saya memilih pegangan  teguh padanya.
saya memilih sifat baik yang selalu dia sempurnakan.
saya memilih kepimpinan yang lembut tapi tegas.
saya memilih lelaki yang selalu bawa saya kemana saja dalam menjaga saya.
selalu bersabar dalam melayan kerenah saya.
mampu menundukkan api amarah,melembutkan tanpa belaian hanya dengan nasihat sepatah cuma.
terima diri saya seada adanya siapa saya dan macamana saya.
selalu mengajar saya erti syukur pada apa yang Allah takdirkan.
selalu berkongsi ilmu dunia dan akhirat.
dalam ketawa ada isian rohani,dalam sedih ada pasrah pada takdirnya.

terima kasih bakal imamku.
semoga panjang jodoh kita hingga nafas terakhir.