sejahtera beserta salam

cara terbaik meneruskan hidup adalah terus bernafas dan hidup.

Saturday 22 October 2011

senyumku untuk ubat jiwamu

sedih rasa hati bila hidup jadi macam ni.
ta pernah pun mintak macam ni.
kadang kadang fikir balik.baik ke aku?
tapi jahat sangat ke aku hingga ujian berat hingga begini.
nauzubillah.aku redha ya Allah.
mungkin Kau jadikan aku insan lebih baik sehari ke sehari.

aku tidak mencari harta.
malah merungut pun tidak.alhamdullillah masih mampu bernafas.
mampu berdiri di kaki sendiri.
tapi air mata tu rasa ta nak henti henti je mata ni.
puas hati memujuk.tapi tetap juga dia begitu.
sedihnya..tapi mungkin ada baik nya.

sepanjang hari mencari jawapan atas semua soalan.
bersama orang yang dicinta tapi ditipu.
itu sakit.sangat menyakitkan.macam tertusuk kaca dalam hati.
tapi bersama orang yang kita sayang.
tapi kita sendiri ta tahu apa rasa hati nya.entah pada kita.entah pada yang lain.
rupanya lebih melukakan.lebih dalam peritnya.
ta membuatkan hati marah.
tapi meronta ronta rasa pedih tu nak keluar dari rongga rongga tubuh.
terlukanya menjadi seseorang yg kata dicinta tapi ta dapat merasa.
sakitnya menjadi insan dirindu tapi ta mampu diucapkan.
pedihnya menjadi insan disayang tapi ta mampu merasa belaian yang ada.
siapa sebenarnya kau,dan siapa aku pada kau?

macam sugarglider?
atau
macam ikan emas?
aku ta meminta menjadi seorang puteri yang diidami ramai lelaki.
tapi sentiasa mencari seorang puteri yang sudi menjaga sepenuh hati.
bukan minta disaluti emas seluruh tubuh.
hanya inginkan rasa penuh cinta seluruh hati.
meminta sekeping setia.
meminta serasa rindu.
sedaya mungkin memberi cinta yang tulus.
tapi kenapa insan insan yang hamba sayang,yang hamba tatang seikhlas hati selalu melukakan hati.
menumpahkan air mata.

ta puas lagikah air mata yang terbuang.
kenapa dilukakan lagi hati yang hancur.
semua mahu menjaga.
berjanji itu ini.
semua indah.
bila telah diberikan sumpah setia.sayang sepenuh jiwa.
mudahnya hati yang rapuh kau jentik.
ta layak kah diri yang kau ucap cinta ini bahagia.
yang bermanja dengan mu,bukan yang lain.
yang membina setiap saat hidupnya bersama mu.
bukan dengan yang lain.tapi bila ruang yang diberi.
kenapa luka yang kau balas.

waktu suka,aku berkongsi semua sama rata.
ta pernah ku rasa ada benda yang mahu ku lebihkan pada diriku,mengurangkan untuk mu.
ku cuba memberi yang terbaik.
atau mungkin ada yang mampu memberikan yang terbaik?
sangat lebih baik dari ku.
maka aku tumpang bahagia.
jika ada lepaskan lah aku untuk meneruskan hidupku tanpa luka yang kau cipta tanpa rasa.

setiap huruf terisi.setiap titis air mata berjurai.
andai air tu mampu kau rasa kepedihan hati yang tersorok dek senyuman.
pasti kau tidak mahu.
tapi itu lah kamu.selalu.bila bersama ku.
setiap masa.waktu ku menunggu mu.
setiap saat dalam tidurku.jika kau tahu.
bila aku mencintai.jangan hingga aku lelah menahan hati.
jagalah hati ini dari saat aku tidak jatuh ditanganmu..hingga aku menjadi sebahagian hatimu.
dan jika kau lelah..lepaskan lah aku dengan baik selembut lembutnya dari saat aku terlalu mencintaimu hingga terlepas rasa cinta yang ada.

jika pedih kau rasa,lebih dalam luka yang pernah kau toreh.tapi kau takkan pernah tahu.kerana.senyumanku selalu terukir untuk mu.

Tuesday 11 October 2011

darah daging pembawa hiv


dah berjuta kali aku ulang lagu ni..kenapa?sebab lagu ni buat air mata aku kering kejap.
kenapa semua yang aku sayang sanggup buat aku nangis.
kalau aku nak cakap kau babi.kau darah daging aku.kalau aku nak cakap kau bijak tapi memang nampak sangat kau sangat celaka kat mata aku.baik kau pergi jauh jauh dari hidup aku sebelum aku benci dengan kau!

ya Allah..ta rasa berdosa ke kau buat aku menangis lagi selepas 21 tahun aku hidup orang buat aku macam ni.aku ta mintak tolong kau.aku ta mintak duit kau.aku ta menyusahkan kau atau apa apa.even hidup kau punya masalah aku ta kacau.kau nasihatkan aku,aku boleh dengar tapi aku ada hidup aku sendiri.aku ada perancangan aku sendiri kenapa perlu kau nak beria sangat sibuk dalam hal aku??

waktu aku kena teruk mana kau untuk lindungi aku.masa aku nangis sampai rasa ta bernafas,mana kau untuk temani!masa aku kena hina kena maki..mana kau untuk dengar sekali.semua kau ta tahu pasal aku.kau ingat aku ikutkan marah aku.kau ingat aku ikutkan nafsu muda aku.semua benda mencarut semua aku nak sebut kat kau.kau abang aku..kau darah daging aku.kenapa kau ta cuba lindungi aku.kenapa kau heret aku pada benda yang menghancurkan hidup aku.kenapa bang....

kalau darah daging yang lahir dari rahim yang sama sanggup jatuhkan aku macamni..siapa yang aku harapkan untuk sokong aku lagi..

aku kejap2 berenti nangis bole gelak gelak tengok video.sat gi senyap senyap menangis balik.uih da parah rupanya hati aku.senyuman aku ta bisa mengubat luka di hati suda.kuatkan semangatku ya Allah!

Monday 10 October 2011

cinta itu milik Allah;)

lyeen..
dulu kita selalu share semua benda sesama kan.
termasuk la benda paling menyusahkan hidup aku tapi aku masih gak sabar sabar dan tunggu.
termasuk bab nik.aku rasa nyesalnya apa yang aku buat.sebab sangat tak berbaloi.
demn la kau.haha.dah la cita kau dah habis.

emir..emir..emir..
banyak cita.banyak tajuk kalau aku nak cita tapi simpan dalam kotak simpan baik baik.
kang aku cita.aku rasa rasa limau.sat gi pedih mata aku.
gi tengok bulan tu jangan sampai jatuh hempap kepala.haha.

Incik syabeen babbling babbling saya pulak.
macam tu la dengan kegiatan tumbuk tumbuk lengan mashmallow saya.
cepat kerja di shah alam.boleh lunch dengan saya:)

tapi ini cerita lebih hebat.dari emir pernah sayangkan saya.kenapa pernah?
sebab dia da ta sayang la kan kat saya!!
tak per saya dah halalkan semua janji dia pada saya.biarlah dia bahagia.

tapi ada seorang ini dia kenal saya dari saya form 4.
dia hanya pernah nampak saya 2 kali.hanya saya memandang dan senyum.
then dia tunggu 3 tahun untuk rapat dengan saya.
dia tak kacau saya dengan nik.tapi dia sentiasa menunggu.
dalam hati..ah lelaki memang macam tu.
tapi rupanya tak.dari dia belajar smpai dia kerja.rupanya dia betul betul tunggu
dan mengotakan tanpa ada sesiapa antara masa penungguannya itu.
mashaAllah..ikhlas ke engkau.
then bila tahu putus dengan nik..dia try..tapi masa tu mestilah emir yang orang pilih!
dia tunggu lagi tanpa putus asa.walau tanpa sepatah ayat msj atau call.
3 tahun berlalu lagi..tapi kali ni pun benda yang sama berulang..
sebelum putus dengan emir,cakap kat dia yang aku dah nak kahwin dengan emir.
tapi dia ta percaya.tapi lepas yakin yakin yakinkan dia.dia caya.
ingat dia dah lupa.
tub tub bukak myspace.dia add dan dia masih sayang dan setia macam dulu..
SubhanAllah..kenapa mengikat hatimu begitu?
now dia masih mengharapkan agar ada perhubungan bakal terjalin.
kalau pilih dia,aku kejam pada syayangyang.
tapi kalau pilih syasyayang kejam pulak padanya.

maha suci engkau ya Allah.
kurniakanlah dia seseorang wanita yang baik budinya,terpelihara akhlaknya,
terpuji amalannya yang mampu menjaga insan budiman penuh rasa cinta ini untukku.
sesungguhnya tak termampu aku membalas doanya penuh rasa cinta dan sayang pada ku.
dia milikmu.dan padamu ku memohan agar yang jauh lebih baik dariku untuknya tuhan.:)

aku?
aku masih macam dulu.
yang setia pada apa yang aku pengang.
macam aku setia pada nik sebelum hilangnya.
seperti aku setia pada emir sebelum keruhnya.
dan syasyayang yang ada buruk baiknya datang dari Allah untuk aku menghargai dengan sebaik baiknya.

Wednesday 5 October 2011

entah apa apa hati aku ni!

lama ta update..
mesti tunggu tunggu..rindu la tu!

pening ta jugak.serabut pun ta la sangat.
cuma masa yang ada terkejar kejar untuk kerja,belajar dan hal hal remeh.
sayang..maaf ta msuk dalam list bab bab hati.sangat fokus pada benda lain.
terasa sangat nak study.nak study benda lain.
rasa hati sangat ta tenang di campus tu.kenapa.entah.
ta ada pemangkin semangat langsung.

tapi bila fikir-fikir balik.i need to do something.
mana nak fikir mama kat kampung,hidup sendiri kat sini.
en yayang nak menukar bidang..nampak sangat dia memang ta minat sivil eng dia tu.
na amik licensed aviation pulak dah.
kalau tengok secara rawak nampak wasting time gila la dia tu.
tapi kalau itu cita-cita dia.benda baik.yang dia tuntut itu ilmu yang baik baik.
kenapa harus di halang.takpe lah labi..ai tunggu jela 4 tahun tu!

rindu pada amirul khalif,pada afif lama akak ta cakap dengan korang.
rindunya kakak je yang tanggung.pada ayah.
bila nak balik batu pahat lagi ya?mama dah tanya tanya.
along nak pindah KL balik?kenapa..
nasib la..en.chaben saya paham semua semua tu.
pn zakiyah dengan incik khafi pun dah tau siapa ai..
semua rasa lambat tapi cepat.macamana tu?

hati..hati jangan la gundah gulana sangat.
apa yang datang tahan je.ta tahan lepas je.
bila la nak habis belajar ni..dah tak nak lah kerja kat sini.nak pindah KL
jelah.tak pun duduk kuantan jea.

phone pula bila nak beli.encik chaben asyik busy keja.dia keja ai free.
ai keja dia pulak free.bila nak belikan saya bb nya pokcik oi~
bila nak buat no tu balik!
bila nak pergi tanya mara?
bila nak pergi bank tanya loan tu?
bila nak pergi buat kursus tu?
bila liga rugby tu habis?
bila awak nak pindah keja kat shah alam jea..jauh sangat la putrajaya tu!

ahh~benci la kena buat benda yang kita tak suka.