sejahtera beserta salam

cara terbaik meneruskan hidup adalah terus bernafas dan hidup.

Sunday 16 March 2014

Syahid my Hero

Setahun 4 Bulan kita bersama sebagai suami isteri
Susah Senang
Bangun Jatuh
Cinta Benci
Gelak Menangis bersama

Bertambah utuh bila Allah hadiahkan kita seseorang yang baru
Indah mengikut perancangan kita dan seiring dengan aturan Allahkan..

Siapalah kita untuk menyangka lebih dari apa yang kita harapkan
Sedangkan dah bertan-tan hadiah yang Allah beri
Dia baru uji yang sikit ni...malu lah nak sedih depan Allah bila waktu bahagia kekadang kita lupa.

Ai ingat lagi.
Bila ai cakap kat b,
nurse kata anak kita lelaki!

....By senyap.
....By ta pandang pun ai
....By nangis.

ai ta sedih pun.ai gelak sambil pujuk by..

" Jangan la sedih dedi,kita dah ada Hero kat sana yang bakal tolong kita."

Esoknya, Bila ai kena buat D&C,

ai pulak nangis.
ai yang mengandungkan dia.
ai yang rasa gerakkan dia.
setiap malam sebelum tidur ai rasa heartbeat dia.
sentapnya hati bila tiba-tiba dia hilang.

turn by plak pujuk ai,
By duduk tepi katil ai,
By bacakan surah Ar Rahman sambil terjemah.

[1]
(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya. 
[2]
Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran. 
[3]
Dia lah yang telah menciptakan manusia; - 
[4]
Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.

By suruh ai ingat.ayat 16.
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 

Malunya pada Allah bila sedih macamni,

Since dari itu,
kami kuat,
kami tahu Allah tu Arrahman & Arrahim

pasti ada rezeki yang lain.

Anak kita muka ai,
Badan by,
kalau dia sempat membesar,
mesti ai teman dia main rugby mcm dedi dia,

takpe,
mana tau nanti adik pun lelaki kan.
mummy still akan teman anak mummy main rugby kat padang dengan dedi.
mummy tunggu syg.

anak mummy yang kat sana.
anak mummy doakan mummy n dedi oke.
tunggu mummy and dedi.
one fine day sayang,

btw,dedi panggil awak muhammad syahid.

Thursday 18 April 2013

cinta yang berdosa



" Pergaulilah isterimu dengan baik, sekiranya kamu benci kepada mereka, boleh jadi ada yang kamu benci itu Tuhan akan menjadikan kebaikan yang banyak padanya " (surah An Nisa' ayat 19)


ya Allah, mahu aku jaga maruah suami ku..bekalkan aku segunung kesabaran.
ya Allah, mahu aku berikan kebahagiaan kemudahan ketenangan kepada tuan pemilik tulang rusuk ini agar terus berbahagia di jannah sana.
ya Allah, berikan hidayah mu agar dapat kami pegang sebagai panduan.
kuat kan hambabu ya Allah.

mungkin Allah sembunyikan matahari dan turunkan hujan.
tapi dia akan hadiahkan pelangi jua kan?

manusia memandang, mengapa perlu cerai 
setiap manusia pasti Allah kurniakan jalan keluar untuk semua masalah.
tapi rupanya manusia jua lah yang memilih
Terasa berdosa menjadi wanita yang berhati sensitive,
terasa bersalah sayang suami sepenuh hati.
entahla.

maafkan saya hati,
saya tahu saya bukan tuan yang baik untuk buat awak ta terluka.
saya mintak maaf terus biarkan orang sakiti awak lagi.

Friday 28 December 2012

bermula cinta mati.





Selamat akhirnya.

dulu kenal semalaman bercerita pasal kisah silam,

lepas tu janji jadi kawan.kawan je takkan punya jatuh hati.pandang sebelah mata pun ta.

lepas tu ada orang kata, "awak,saya mintak maaf.tapi saya rasa saya suka awak"

alahai,

awak jejauh la dari saya.dulu kata kawan je kan?

tapi awak.saya ta mintak pun.dan saya ta harap apa apa pun.

saya ta de janji manis.tapi saya penyabar orangnya.

saya ada ex.awak pun ada.saya sayang gila.awak pun.saya ada yang tengah sayang..saya pun tanak kalah.

ok deal.3 bulan.try.kalau jadi kita jumpa.saya bawak awak balik johor jumpa family saya terus.set!

tu dulu.2 tahun lepas.haah.masa spain menang tu.dah 2 tahun kan?

30/11/2012 saya dah jadi isteri awak.setiap hari saya teman awak.setiap hari awak buli saya.

tapi kita buktikan.cinta ta bersungguh.tapi sederhana.kita akhirnya sah.alhamdullillah itu lebih baik kan sayang.

thanks!ily sabilsayang


Tuesday 6 November 2012

masa akan tiba..jeng jeng jeng



Orang lain nak kahwin,kita pun  nak kahwin jugak.
Tapi bila rasa susahnya uruskan hal hal kahwin ni.terasa bermaknanya semua ni..
bila ada orang tu sanggup buat semua sampai boleh.
bak kata en.tunang.
"b akan pastikan kita boleh kahwin jugak"

ok.
that why ai stick dengan by.
susah sama sama waktu susah.itu ta heran.
kita kena kuat.harus kuat!
tinggal beberapa minggu.tapi tadelah menghitung hari sangat pun.
tapi sangat sangat rasa ketidak sabaran nak menjadi puan!
such a sweet guy la u syg.
setelah lama mencari.jatuh bangun luka segala bagai perasaan ni.
akhirnya dapat yang perfect.

sikapnya.
manjanya.
senyumnya.
sayangnya.
menjaganya.
# sumpah dengan awak saya ta jemu.kalau jemu nanti kita swimming sesama lagi eh.

dia ta berganjak walau dugaan datang.
suka la kat awak.
ayat manis segunung gula tapi bila ta mampu memimpin dan melindungi.
baik masuk dalam tong sampah sendiri.duduk diam2.

ayah.kakak rindu ayah.

Tuesday 23 October 2012

bertumbok manja,harem~



semalam kan.

haah semalam.
balik benda paling penting jumpa en tunang la.
lepas tu pergi tengok barang barang rumah la kan.
lepas tu kan.
pergi makan walau sebenarnya ta berniat nak makan.
lepas tu kan kan kannnn masa makan tu dari cakap cakap,bertekak tekak.gaduh pulak.
huawaaaaa.

bila gaduh ngan en tunang kerja memang nak gaduh.
rasa thrill macam naik roller coaster.
tapi macam orang gila kena sula bila benda yang digaduhkan ta masuk akal.
nak tension banyak banyak sangat boleh ta.
2 minggu lagi nak nikah.
nak gaduh gaduh.tombok kang!

semalam pukul bahu dia.ta sengaja,terpukul.sebab geram.
nada serius=,=
gaduh  gaduh jela,jangan melakukan penderaan fizikal!
omg~ kuatkan iman menjadi isteri yang setia dan taat ya Allah!
gaduh gaduh sentap sentap.
lepas tu jauh kan diri.lepas tu panggil balik.
tangan pegang rokok.muka ketat.
kita,muka lagi la paling terketat sekali kat dunia~
sambil tunduk,sayang...nak peluk?
dia anjak kedepan.dia peluk.sambil dia bisik.saya mintak maaf.
ok sekarang da dapat ubat.senyum balik.

sangat ta pandai gaduh,ta pandai pujuk.tapi paling pandai kalahkan rasa semua yang ta mnyenangkan hati.
kita kahwin esok lah sayang~ i love u.

Tuesday 9 October 2012

cerita tentang cinta.cinta kerana Allah yang bawa sampai hujung nafas.






Daripada Abu Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Janganlah kamu membenci bapa-bapa kamu. Sesiapa yang membenci bapanya bererti dia kafir.” (HR Muslim)


Dan rendahkanlah dirimu terhadap ibu dan bapa kamu dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, “Wahai Tuhanku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka telah mengasihi aku pada waktu aku kecil” (al-Isra’ ayat 2)

Nabi saw. bersabda, "Lelaki yang terbaik di antara kamu adalah lelaki yang paling baik terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang paling baik di antara kamu terhadap isteriku.” (HR Ibnu Majah)4


Dia lelaki.dia cinta pertama saya.
sungguh,cinta dari saya buka mata sampai saya dah nak berkahwin.
dia tetap cinta pertama yang ta pernah berubah.
yang ta menyakiti,ta menyusahkan.
selalu sweet.
 tak terbanding dengan mana mana lelaki kecuali lah muhammad saw.


ayah.saya panggil dia ayah.
tangannya lembut,matanya bundar,senyumnya manis.
dia lah buah hati pertama.
lelaki yang mengajar erti cinta.
cinta untuk anaknya yang tak berbelah bahagi.
waktu satu dunia menolak,tangan dia menyambut.
saat semua hilang bila memerlukan,sedangkan dia ta pernah lari.

semalam masa lepak dengan en.tunang,
en.tunang tanya,saya lelaki keberapa dalam hidup awak.
paling penting.
mestilah no 2 sekarang.
pertama hero saya, ayah.
no 2 awak la.awak kan bakal imam saya:)

en.tunang,
saya rindu kat ayah lah.
dah beberapa hari saya nangis je sebab rindu ayah,
en.tunang.....saya nak ayah.
nak peluk ayah.
nak tengok ayah.ayah....kakak rindukan ayah




p/s: nanti jadi macam ayah saya untuk anak- anak kita ya syang?.

\
)

Wednesday 3 October 2012

kita sepakat membawa berkat

alhamdullillah dah ada cincin di jari.
sah sah.
baru tunang.

tanpa family yang besar.
sempoi gila habaq na!
insyaAllah penuh dengan doa.
susah nak sampai tahap ni.
bak kata sayang..ketawa bersama menangis bersama ku bersumpah harap kita mati pun bersama.

dia selalu ta dapat jawab apa tanda sayang.
dia selalu senyap bila soalnya apa bukti cinta.
tapi sampailah minggu lepas.
bila dia susah susah uruskan semua hal utk yayang dia.
depan nadia.dia kata,bersaksikan adik saya.kita dah sama sama rasa susah.payah.perit.
tapi saya still and akan tetap didepan utk melindung,dan menyokong.
ok.fine.masa tu peluk bahu.awk la buah hati paling comel!
demn!nak kawen dengan lelaki paling comel muka garang~
i love u sayang<3