sejahtera beserta salam

cara terbaik meneruskan hidup adalah terus bernafas dan hidup.

Tuesday 23 October 2012

bertumbok manja,harem~



semalam kan.

haah semalam.
balik benda paling penting jumpa en tunang la.
lepas tu pergi tengok barang barang rumah la kan.
lepas tu kan.
pergi makan walau sebenarnya ta berniat nak makan.
lepas tu kan kan kannnn masa makan tu dari cakap cakap,bertekak tekak.gaduh pulak.
huawaaaaa.

bila gaduh ngan en tunang kerja memang nak gaduh.
rasa thrill macam naik roller coaster.
tapi macam orang gila kena sula bila benda yang digaduhkan ta masuk akal.
nak tension banyak banyak sangat boleh ta.
2 minggu lagi nak nikah.
nak gaduh gaduh.tombok kang!

semalam pukul bahu dia.ta sengaja,terpukul.sebab geram.
nada serius=,=
gaduh  gaduh jela,jangan melakukan penderaan fizikal!
omg~ kuatkan iman menjadi isteri yang setia dan taat ya Allah!
gaduh gaduh sentap sentap.
lepas tu jauh kan diri.lepas tu panggil balik.
tangan pegang rokok.muka ketat.
kita,muka lagi la paling terketat sekali kat dunia~
sambil tunduk,sayang...nak peluk?
dia anjak kedepan.dia peluk.sambil dia bisik.saya mintak maaf.
ok sekarang da dapat ubat.senyum balik.

sangat ta pandai gaduh,ta pandai pujuk.tapi paling pandai kalahkan rasa semua yang ta mnyenangkan hati.
kita kahwin esok lah sayang~ i love u.

Tuesday 9 October 2012

cerita tentang cinta.cinta kerana Allah yang bawa sampai hujung nafas.






Daripada Abu Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Janganlah kamu membenci bapa-bapa kamu. Sesiapa yang membenci bapanya bererti dia kafir.” (HR Muslim)


Dan rendahkanlah dirimu terhadap ibu dan bapa kamu dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, “Wahai Tuhanku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka telah mengasihi aku pada waktu aku kecil” (al-Isra’ ayat 2)

Nabi saw. bersabda, "Lelaki yang terbaik di antara kamu adalah lelaki yang paling baik terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang paling baik di antara kamu terhadap isteriku.” (HR Ibnu Majah)4


Dia lelaki.dia cinta pertama saya.
sungguh,cinta dari saya buka mata sampai saya dah nak berkahwin.
dia tetap cinta pertama yang ta pernah berubah.
yang ta menyakiti,ta menyusahkan.
selalu sweet.
 tak terbanding dengan mana mana lelaki kecuali lah muhammad saw.


ayah.saya panggil dia ayah.
tangannya lembut,matanya bundar,senyumnya manis.
dia lah buah hati pertama.
lelaki yang mengajar erti cinta.
cinta untuk anaknya yang tak berbelah bahagi.
waktu satu dunia menolak,tangan dia menyambut.
saat semua hilang bila memerlukan,sedangkan dia ta pernah lari.

semalam masa lepak dengan en.tunang,
en.tunang tanya,saya lelaki keberapa dalam hidup awak.
paling penting.
mestilah no 2 sekarang.
pertama hero saya, ayah.
no 2 awak la.awak kan bakal imam saya:)

en.tunang,
saya rindu kat ayah lah.
dah beberapa hari saya nangis je sebab rindu ayah,
en.tunang.....saya nak ayah.
nak peluk ayah.
nak tengok ayah.ayah....kakak rindukan ayah




p/s: nanti jadi macam ayah saya untuk anak- anak kita ya syang?.

\
)

Wednesday 3 October 2012

kita sepakat membawa berkat

alhamdullillah dah ada cincin di jari.
sah sah.
baru tunang.

tanpa family yang besar.
sempoi gila habaq na!
insyaAllah penuh dengan doa.
susah nak sampai tahap ni.
bak kata sayang..ketawa bersama menangis bersama ku bersumpah harap kita mati pun bersama.

dia selalu ta dapat jawab apa tanda sayang.
dia selalu senyap bila soalnya apa bukti cinta.
tapi sampailah minggu lepas.
bila dia susah susah uruskan semua hal utk yayang dia.
depan nadia.dia kata,bersaksikan adik saya.kita dah sama sama rasa susah.payah.perit.
tapi saya still and akan tetap didepan utk melindung,dan menyokong.
ok.fine.masa tu peluk bahu.awk la buah hati paling comel!
demn!nak kawen dengan lelaki paling comel muka garang~
i love u sayang<3