sejahtera beserta salam

cara terbaik meneruskan hidup adalah terus bernafas dan hidup.

Friday 28 December 2012

bermula cinta mati.





Selamat akhirnya.

dulu kenal semalaman bercerita pasal kisah silam,

lepas tu janji jadi kawan.kawan je takkan punya jatuh hati.pandang sebelah mata pun ta.

lepas tu ada orang kata, "awak,saya mintak maaf.tapi saya rasa saya suka awak"

alahai,

awak jejauh la dari saya.dulu kata kawan je kan?

tapi awak.saya ta mintak pun.dan saya ta harap apa apa pun.

saya ta de janji manis.tapi saya penyabar orangnya.

saya ada ex.awak pun ada.saya sayang gila.awak pun.saya ada yang tengah sayang..saya pun tanak kalah.

ok deal.3 bulan.try.kalau jadi kita jumpa.saya bawak awak balik johor jumpa family saya terus.set!

tu dulu.2 tahun lepas.haah.masa spain menang tu.dah 2 tahun kan?

30/11/2012 saya dah jadi isteri awak.setiap hari saya teman awak.setiap hari awak buli saya.

tapi kita buktikan.cinta ta bersungguh.tapi sederhana.kita akhirnya sah.alhamdullillah itu lebih baik kan sayang.

thanks!ily sabilsayang


Tuesday 6 November 2012

masa akan tiba..jeng jeng jeng



Orang lain nak kahwin,kita pun  nak kahwin jugak.
Tapi bila rasa susahnya uruskan hal hal kahwin ni.terasa bermaknanya semua ni..
bila ada orang tu sanggup buat semua sampai boleh.
bak kata en.tunang.
"b akan pastikan kita boleh kahwin jugak"

ok.
that why ai stick dengan by.
susah sama sama waktu susah.itu ta heran.
kita kena kuat.harus kuat!
tinggal beberapa minggu.tapi tadelah menghitung hari sangat pun.
tapi sangat sangat rasa ketidak sabaran nak menjadi puan!
such a sweet guy la u syg.
setelah lama mencari.jatuh bangun luka segala bagai perasaan ni.
akhirnya dapat yang perfect.

sikapnya.
manjanya.
senyumnya.
sayangnya.
menjaganya.
# sumpah dengan awak saya ta jemu.kalau jemu nanti kita swimming sesama lagi eh.

dia ta berganjak walau dugaan datang.
suka la kat awak.
ayat manis segunung gula tapi bila ta mampu memimpin dan melindungi.
baik masuk dalam tong sampah sendiri.duduk diam2.

ayah.kakak rindu ayah.

Tuesday 23 October 2012

bertumbok manja,harem~



semalam kan.

haah semalam.
balik benda paling penting jumpa en tunang la.
lepas tu pergi tengok barang barang rumah la kan.
lepas tu kan.
pergi makan walau sebenarnya ta berniat nak makan.
lepas tu kan kan kannnn masa makan tu dari cakap cakap,bertekak tekak.gaduh pulak.
huawaaaaa.

bila gaduh ngan en tunang kerja memang nak gaduh.
rasa thrill macam naik roller coaster.
tapi macam orang gila kena sula bila benda yang digaduhkan ta masuk akal.
nak tension banyak banyak sangat boleh ta.
2 minggu lagi nak nikah.
nak gaduh gaduh.tombok kang!

semalam pukul bahu dia.ta sengaja,terpukul.sebab geram.
nada serius=,=
gaduh  gaduh jela,jangan melakukan penderaan fizikal!
omg~ kuatkan iman menjadi isteri yang setia dan taat ya Allah!
gaduh gaduh sentap sentap.
lepas tu jauh kan diri.lepas tu panggil balik.
tangan pegang rokok.muka ketat.
kita,muka lagi la paling terketat sekali kat dunia~
sambil tunduk,sayang...nak peluk?
dia anjak kedepan.dia peluk.sambil dia bisik.saya mintak maaf.
ok sekarang da dapat ubat.senyum balik.

sangat ta pandai gaduh,ta pandai pujuk.tapi paling pandai kalahkan rasa semua yang ta mnyenangkan hati.
kita kahwin esok lah sayang~ i love u.

Tuesday 9 October 2012

cerita tentang cinta.cinta kerana Allah yang bawa sampai hujung nafas.






Daripada Abu Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Janganlah kamu membenci bapa-bapa kamu. Sesiapa yang membenci bapanya bererti dia kafir.” (HR Muslim)


Dan rendahkanlah dirimu terhadap ibu dan bapa kamu dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, “Wahai Tuhanku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka telah mengasihi aku pada waktu aku kecil” (al-Isra’ ayat 2)

Nabi saw. bersabda, "Lelaki yang terbaik di antara kamu adalah lelaki yang paling baik terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang paling baik di antara kamu terhadap isteriku.” (HR Ibnu Majah)4


Dia lelaki.dia cinta pertama saya.
sungguh,cinta dari saya buka mata sampai saya dah nak berkahwin.
dia tetap cinta pertama yang ta pernah berubah.
yang ta menyakiti,ta menyusahkan.
selalu sweet.
 tak terbanding dengan mana mana lelaki kecuali lah muhammad saw.


ayah.saya panggil dia ayah.
tangannya lembut,matanya bundar,senyumnya manis.
dia lah buah hati pertama.
lelaki yang mengajar erti cinta.
cinta untuk anaknya yang tak berbelah bahagi.
waktu satu dunia menolak,tangan dia menyambut.
saat semua hilang bila memerlukan,sedangkan dia ta pernah lari.

semalam masa lepak dengan en.tunang,
en.tunang tanya,saya lelaki keberapa dalam hidup awak.
paling penting.
mestilah no 2 sekarang.
pertama hero saya, ayah.
no 2 awak la.awak kan bakal imam saya:)

en.tunang,
saya rindu kat ayah lah.
dah beberapa hari saya nangis je sebab rindu ayah,
en.tunang.....saya nak ayah.
nak peluk ayah.
nak tengok ayah.ayah....kakak rindukan ayah




p/s: nanti jadi macam ayah saya untuk anak- anak kita ya syang?.

\
)

Wednesday 3 October 2012

kita sepakat membawa berkat

alhamdullillah dah ada cincin di jari.
sah sah.
baru tunang.

tanpa family yang besar.
sempoi gila habaq na!
insyaAllah penuh dengan doa.
susah nak sampai tahap ni.
bak kata sayang..ketawa bersama menangis bersama ku bersumpah harap kita mati pun bersama.

dia selalu ta dapat jawab apa tanda sayang.
dia selalu senyap bila soalnya apa bukti cinta.
tapi sampailah minggu lepas.
bila dia susah susah uruskan semua hal utk yayang dia.
depan nadia.dia kata,bersaksikan adik saya.kita dah sama sama rasa susah.payah.perit.
tapi saya still and akan tetap didepan utk melindung,dan menyokong.
ok.fine.masa tu peluk bahu.awk la buah hati paling comel!
demn!nak kawen dengan lelaki paling comel muka garang~
i love u sayang<3

Thursday 2 August 2012

gatal



....

..........
..

orang lain bercinta baby baby sayang lah
honey honey dear lah.
tapi kitaorang.pelik.
aku je istiqomah panggil by.
dia.nauzubillah..
dia panggil yam!
lagi teruk. yam pailing.

ish! ish!
makin lama makin kenal.
makin ta faham.makin kelakar pun ya juga.
makin banyak pulak perangai keluar.
meniti hari untuk terus sah bersama.
menunggu tiket hidup berdua.

en.bakal suami dah beli kelengkapan nikah.
excited gila!
tapi tanak pakai sama katanya.
nak nikah.bukan boria~ceit!

sambil jalan dia kata.
ni ta boleh ta kawen.
tau sayang!

sayang dia.

Saturday 28 July 2012

kahwin owh kahwin:))



Alhamdulillah.
Sebelum ni persediaan untuk majlis.hari ni bila dah hadiri kursus kahwin.
Memang terasa sangat dah dekat tarikhnya.
fuh!tenang hati tenang.
Bila dah hadiri kursus,rupanya banyak benda yang patut diamalkan dalam rumah tangga.
harus kita kekalkan dari kahwin sampai lah beranak pinak.
kena ikhlas terima bakal suami tu seikhlas yang mungkin kerana Allah:)
dia boss kita kat dunia.
darjat dia tinggi.walaupun dia hanya penoreh getah.
alhamdullillah!

seharian di pejabat agama.seharian dengar ceramah.
seharian menambah ilmu.seharian bergelak ketawa.seharian muhasabah diri.
balik balik dah hampir 5.30 petang.
sempat cari bodykit untuk kereta cinta katanya! ceit~
kereta tu ta mintak pun bodykit,tapi dia pulak yang getik nak bodykit baru!
ni yang..bakal bini u ni nak ajak u pergi KK home deco cari barang barang untuk hantaran ni!!!





grr~ terasa sewel jelous dengan kereta sendiri.
esok ada satu lagi sesi.
happynya!
Dia lagi lagi lah happy~katanya dah dapat ticket untuk kahwin!
next week kena balik johor,
uruskan urusan pejabat agama sana pulak!
owhh.kahwin ohh kahwin.

Saturday 21 July 2012

aku degil.biar aku.

sumpah mata aku merah.
sumpah hati aku sebak.
sumpah air mata aku mengalir.ta tertahan.ta mahu berhenti.
sumpah jiwa aku meronta.
sumpah aku ta percaya.
sumpah jiwa aku kosong.
sumpah aku diawangan.andai tiada iman didada nescaya putus pembuluh darah.
sumpah aku sakit lagi.sumpah sangat sakit.
sumpah aku ta tipu.aku cinta..aku sayang.
sumpah demi Allah aku sayang,aku doa sampai mati.
sumpah tiada niat untuk berganti.
sumpah sumpah sumpah.aku terhiris ta terluka.
jika mencintai terus merindui mampu melukakan seluruh tubuhku..sumpah sekarang aku tinggal nyawa nyawa
ikan.
aku bertahan.aku menahan.aku memohon.aku bersabar.aku terus menunggu.
sumpah selagi aku mampu,selagi tu aku kuatkan untuk kau.
selagi aku tahan selagi tu aku degilkan demi kau.
biar nafas terhenti.biar mata terus mengalir airnya.
sumpah aku juangkan.sumpah aku kuatkan.sumpah.sumpah aku juangkan ikhlas lillahitaala.
sumpah aku perit melihat.tapi aku takkan berpaling.
sumpah aku sakit menahan,tapi aku takkan berganjak.
kau suka degil aku cintakan kau.sampai mati aku degil.sampai habis nyawa dan jodoh aku degilkan demi kau.

hiduplah kau terus hidup pembuluh darahku.
bahagialah kau terus bahagia nyawa hati beta.
akan beta tetap berdawai besi hati sekeping.untuk kau.sumpah demi kau.
jika mata mu buta memandang aku.mata hatiku sentiasa nampak kau walau dalam samar malam.
jika kau penat bersamaku.sejauh mana aku teman susah perit kau.
takpe.aku tahan.aku kental.itu nawaitu ikhlasku untukmu awal bismillah kau menjadi milikku.
teruslah nyawa.kau terus hidup.biar aku duduk tersangat jauh dalam hati hingga kau tidak dapat merasa.tapi aku tahu.aku mahu selalu tahu.aku akan sentiasa ada.sumpah aku ada.

Friday 20 July 2012

azam.azam dengan niat kerana Allah :))

Esok genap setahun ai jauh dari family.tanpa adik beradik.tanpa ayah.
cuma ada sabil.
dia yang menjaga.
dia yang tengok tengokkan.
terima kasih.

tapi sahur pertama tanpa dia.
sayang tak kemana kan?cuma balik berjumpa keluarga.

azam azam waktu puasa kali ni banyak!
berkobar kobar.
perasaan bercampur baur!
pertama!azam nak betulkan diri dekat pada jalan Allah.lebih kenal Allah.
kedua! nak belajar lebih banyak ilmu yang bermanfaat dan menyediakan diri untuk jadi isteri yang cerdik.:)
(angan tu perlu jika nak berjaya.)
dear kata dia bagi 188% untuk bantu cita cita ai!
adik adik dia.alhamdullillah.
semoga suatu hari nanti dapat jadi manusia berjiwa zuhud insyaAllah.
semua manusia ada dosa.bukan kita untuk mengukur.
sedangkan sang Pencipta murah dengan pengampunanNya..kenapa hamba yang hina ni sombong dengan meminta maafnya.Ya Allah...kecilnya hamba Mu yang sombong ni sedangkan segala yang ada padaku ini sekadar pinjaman.

jadikan aku hamba yang rendah hati.
jadikan aku hamba yang redha dengan takdirMu.
jadikan aku hamba yang selalu bersabar.
jadikan aku hamba yang taat pada suaminya.untuk aku mengejar syurganya.
amin .amin ya Rabbal alamin.

Wednesday 18 July 2012

saya lah tulang rusuk awak yang hilang tu :))

ini kisah.kisah dulu dulu.
tapi belum habis..insyaAllah ta habis habis.
stay sweet.stay be my sabil.

orang tu kata sayang dia infinity.
orang tu kata lagi bila dah sayang,kena berani percaya.
betul! kalau ta percaya akibatnya gaduh gaduh aje.
semua jadi ta best.

bila bersama kena belajar hidup bersama.
susah sama sama,senang sama sama,ketawa bersama menangis pun bersama.
orang tu cakap lagi.kalau nak jadi isteri kena jadikan nasihat suami tu pakaian.
"isteri cerdik yang solehah,penyejuk mata,penawar hati,penajam fikiran..
di rumah dia isteri di jalanan kawan"
jadi suami kena tegas,kena pandai cool jugak.

kami dah pilih tarikh.
24.11.2012  akan jadi tarikh kami nanti.
doakan yang baik baik untuk kami.
doakan kasih sayang kita untuk dia dan family dia selalu.
sama untuk dia juga ya.

Mintak Allah jauhkan segala ujian dan dugaan besar antara kami berdua.
tanamkan rasa takut kami pada api amarah Nya.
jadikan kami suami isteri yang taat pada perintahnya.
doa banyak banyak.sangat banyak.
nnz dah dapat pelangi yang dicari.ta mengejar.dihadiahkan oleh Allah dengan hikmah yang baik baik.
Alhamdullillah.
jika ditanya kenapa dia?bukan yang lain.
saya memilih agama yang dianutinya.
saya memilih pegangan  teguh padanya.
saya memilih sifat baik yang selalu dia sempurnakan.
saya memilih kepimpinan yang lembut tapi tegas.
saya memilih lelaki yang selalu bawa saya kemana saja dalam menjaga saya.
selalu bersabar dalam melayan kerenah saya.
mampu menundukkan api amarah,melembutkan tanpa belaian hanya dengan nasihat sepatah cuma.
terima diri saya seada adanya siapa saya dan macamana saya.
selalu mengajar saya erti syukur pada apa yang Allah takdirkan.
selalu berkongsi ilmu dunia dan akhirat.
dalam ketawa ada isian rohani,dalam sedih ada pasrah pada takdirnya.

terima kasih bakal imamku.
semoga panjang jodoh kita hingga nafas terakhir.



Tuesday 17 April 2012

kau bikin ku gigit bibir sendiri,lamakah lagi:)

waktu terus berjalan,tanpa henti.ta hirau luka tercipta,gembira mendatang.masa yang ada ta pernah berhenti menunggu seketika lebih lebih mengembalikan sesuatu yang manis.

tapi mungkin,
sejarah mampu kita cipta lagi..
cinta masih dapat kita undang kembali,
kejayaan kita lakarkan semula dan
hidup terus untuk hari tua sehingga menghadap sang pencipta kita.
bila ?
bagaimana?
mungkinkah?

terlalu terikat bersama persoalan.bertujah tujah datang mendesak jawapan.tapi jawapan tetap datang berlalu melalui masa yang semakin menua.
iya,kita juga semakin tua dek menunggu jawapan yang ta pasti.
yang pasti,janji Al-amin itu yang pasti.sangat pasti.jangan ditanya bila,tapi hadirnya pasti.
jika hanya dengan hati yang takut,cukup kuat kah iman kita menghadapiNya kelak?

aku juga ciptaannya.yang mungkin lebih istimewa.kerana lahir dalam islam.amin,
tapi dulu aku hanyut dengan nafsu dunia.
mengejarkan kaya..tapi ta kaya.
mengejarkan cinta tapi terus meninggalkan cinta bila tidak bahagia.
mengejarkan status tinggi mana darjat manusia didunia ni dibandingkan kita di padang masyar kelak.
makin memikir,makin berkerut dahi.makin berkedut pipi tepi tepi bibir,dahi tepi mata.
alahai masa..cepat benar kau berlalu,tanpa sempat aku dapat apa sebenarnya yang aku cari.

memeandang kelangit yang sama,yang mungkin 10 tahun dulu langit yang sama angin yang sama.
tapi dengan diri yang berbeza.fikiran berbeza,persepsi dan juga rasa hati.bersama orang yang berbeza.rasa cinta yang berbeza,cara hidup yang berbeza juga matlamat yang berbeza.tapi semoga niat di hati lebih baik hendaknya.

dulu waktu remaja,kau memandang kekasih kerana besarnya rasa cinta untuknya dalam hati.
tapi hari ini memandang seorang kekasih dengan rasa bersyukur,untungnya dapat bakal suami yang sebaik itu.
ringan lidah menyebut alhamdulillah.jika dulu bibir basah dengan i love u lah,i miss u lah.
sekarang lebih pada berterima kasih dengan hadiahnya untuk kita.
mungkin sempurnanya tidak.tidaklah sekacak yusuf,tapi biasa tenang hati zulaika ini memandang.
mungkin tidak lagi setinggi ilmu imam syafi'e tapi sifat berkongsi ilmu itu sudah baik untuk menjadi seorang suami yang mampu memimpin dan sedia juga menerima teguran bukan?

jika dulu,perasaan itu berkata..jika kau mampu dapat sebaik ini mungkin kau mampu dapat lebih baik jika kau mencuba.
tapi sekarang..ada yang lebih baik?mungkin yang lebih baik itu untuk wanita yang lebh baik dariku.kini kami bersama mencari redha Allah SWT.lebih tenang.lebih indah.

indah

Tuesday 10 April 2012

Saturday 17 March 2012

nyanyuk mimpi indah.

politik kerja??
ta cool langsung.kau ta suka aku sebab aku cepat buat kerja?
ada aku kesah?aku buat kerja aku,kalau aku sibuk tolong pun budak budak bawah aku,
ta kacau pun part kau.

ingat aku hadap sangat scandal dengan bos?
sorry,not me.
-_-''

rasa macam nak anjak kawen bulan 5 tahun depan,bulan 6-7 bonus tahunan da cover balik.hurm..
buzynya!!14 hri annual leave, smua amik!!

balik kerja terus tidur.bangun rindu syaben.sambung tido mimpi bekas abg sayang pulak.+ dengan girlfrend baru.wo0t w0oot.
apa jadahlah aku nak mimpi cmni.aih,setan jgn diusik hati tu.ta baik!

abg rugby,sabtu tengok rugby.ahad main rugby.tade masa nak dating tgi friday ker?
biarlah..sok kawen boring plak.

nyesal ta tengok cobra vs lions!!

Sunday 4 March 2012

biar jiwa kita satu

kau bikinku gigit bibir sendiri
lamakah lagi kita sepi?
kau bikinku renung sinar mentari
lamakah lagi kita begini?

alangkan bulan terang
hilang nyawa tanpa bintang
apalagi aku

alangkan bunga kembang
pudar warna tanpa siang
bayangkan aku

berkaliku mintakan dari dulu
usah kau tunggu ucap itu
berkaliku bisikkan pada kamu
usah kau buntu aku milikmu



perlukah aku menyebut setiapnya
yang indahku tidak akan ada makna
bila kau sembunyi dan bermain lari-lari
separuh aku sudah pun mati

tak mampukah kau percaya
haruskah ku hebahkannya pada dengki dunia?
tidak bisakah kita sekadar pejam mata
biar jiwa bersuara

biar
biar
biar jiwa
bersuara...





jangan hilang dari pandangan ai ok?

Monday 27 February 2012

akhir bulan.datang bulan.

Dah nak habis bulan 2,
Bulan 3 pun menjelma.
kejap sangat masa berlalu.
macam macam dah jadi.
nasib masih kental.

hari tu gaduh.dari shah alam balik jengka sepanjang jalan senyap.
tapi  next day, keluar dengan kawan n adik adik ok je.
hal rumahtangga mana bole tunjuk kat orang ::(
tapi hati still geram.geram.geram.kalau boleh digigit2.harus da tinggal tulang!
balik KL still makan hati.
makan hati sebab yayang ta berenti RnR!nak makan la!
rugby punya pasal.belasah!

seminggu lepas balik rumah mama kat batu pahat.
merajuk sampai nak retire rugby!
kalau mampu kick ke swing mcm bola rugby,harus dah kena.
seminggu pujuk ta payah mngada berenti rugby,bajet macam nak berenti bebenor.
mensetankan hati aku je.ta sampai 5 minit hadap padang perindu kat uitm tu.
ketar lutut tengok membe main!
demn!cakap serupa angin.harus terbakaar padang tu.sabar sabar.

setelah panas membakar,tsunami melanda.dalam hujan putus tali yang sejengkal.
seperti di jangka.ta lama.mesti carik balik punya,kalau aku ta cari kau.kau kena cari aku!
kejap je.kan senang duduk sebelah sebelah.bincang baik baik.lepas tu gelak balik.
then everything will be ok again!

sayang kata,
lepas ni kena adakan strategi lain utk mengharmonikan rumahtangga.
since that day,rasa batu besar dah keluar.
tak gaduh pasal masa.
tak gaduh pasal perempuan.
dah ta kuat membebel.
dah ta kuat jelous.
dah ta kuat meragam.
dah ta banyak masalah kot.
tapi biasa la..sedangkan lidah lagikan tergigit.

tapi balik batu pahat hari tu,ada suara kata.
i deserve better thn him.
why?
dia gelap?dia gelap sebab dia merangkap site engineer+procument+designer 
dia main rugby la! dia bukan main futsal.
and the important is!do i care orang nak kata apa.
i know him better thn anyone else!

dia tahu soal agama.soal hidup better than me.
dia tahu handle i better thn others.
dia pandai senyap bila perlu,dan bersuara bila masanya.
dia adorable macam kungfu panda.
dia baik n penyayang walaupun takut serangga.
the important is,dia akan bawak i pegi mana je dia pegi!
boyfie korang yang hensem howt tu ada macam yayang saya yang sedang sedang tapi saya saya??

dia dah baik.dia tahu tanggungjawab.dia ada agamanya.dia ada cinta nya.dia tahu batasnya.alhamdulillah.
dah cukup.




Sunday 29 January 2012

meraban masuk reban

masih berjaga.
masih bekerja.
ada beza kerja dan belajar?
sangat berbeza.semua berbeza.penat dan return yang bakal kita dapat.

bila belajar still berjaga tengah malam.
berjaga sebab keluar over night.
berjaga hangout dengan kawan-kawan sampai pagi buta.
lepak mcD hebov cerita itu ini sini situ.gelak gelak.
hujung bulan duit habis.mintak mak bapak.heaven?
waktu belajar bila tinggal sehari dua lagi nak hantar assigment,
baru menjajau cari bahan,buat perbincangan.masa tu ada jelah alasan nak
ta puasa hati itu,ta cukup ini.maki maki lecture siap.
HAHA.
sekarang da takde sifat sifat tu pada i,
nak kena tampor mulut kutuk lecturer.dia bagi kita ilmu.
terpulang pada kita untuk mencari sebanyak mana jalan untuk dapatkan ilmu tu.
Lagi best bila waktu nak exam.
Semua pakat buat buat terkejut..owhh kejap je rasa dah 4 bulan,kejap nya rasa dah 6 bulan kan :))

tapi tu semua hakikat belajar.setiap bulan,setiap hari even setiap masa je menghabiskan duit tanpa
perlu fikir..nak menyimpan.yang penting manjakan diri,enjoy.nanti dah kerja ta dapat dah.

Tapi..hakikat bila bekerja.
bangun pagi pagi.bekejar kejar nak kejar public transport lah,nak tempuh jem.
itu satu hakikat yang tension.
Bagi yang menghadap paperwork,mungkin stress untuk fikir segi lain.
kalau dalam bidang servicing,kena jadi orang yang multitask.
masa ni,baru tahu pentingkan belajar banyak benda masa jadi student.
walaupun hakikat satu benda yang masuk dalam exam takkan digunakan masa bekerja.
i enjoyed my work.my experience.my officemates.my salary.
So,mula dari sekarang,jangan belajar untuk bidang yang senang dapat kerja.
tapi belajar lah ikut minat yang disuka.sebab ianya sangat sangat membantu untuk masa depan bila dah kerja.

kalau nak cerita company sekarang memandang certificate sangat pun ta boleh.
based on my own exp, dulu kerja tempat lama,akak tu dah ada exp kerja more than 5 years tapi gaji setanding my basic salary sekarang yang i pegi interview hanya bawak resume semata tanpa sijil atau transkrip.yang penting,kita tawakal,confident dan willing to involve dalam learning process.humble paling penting.buat orang senang dengan cara kita.so,kita pun nanti senang dengan orang.

Bila dah kerja,akan ada 1 sifat matang yang akan bercambah dalam diri dan otak.itu sangat bagus.
akan ada 1 attitude yang berlainan sangat dari zaman belajar dulu.contoh,sekarang lebih pandai finance sendiri  duit.sekarang dah tade istilah bangun bangun lambat cuti ta cuti kena bangun awal.focus lebih.yakin lagi lagi la lebih.Kalau dulu waktu belajar buat presentation main taram je,sekarang bila kena present pada orang orang besar,bermain dengan duit orang yang beratus ratus ribu dolar tu harus selalu concern, selalu focus, jadi fast learner tu 1 advantages untuk diri sendiri.Dah hilang sifat mengada,manja yang entah pape.timbul lebih matang,manja penuh sopan.tapi still masih bole gurau kasar ta sedar diri.bertepuk bertampar bergusti menjadi diri yang biasa.hingga satu hari sedar, masa berjalan.umur bertambah.

Akan lebih sedar bila semakin bertambah komitmen.bayar kereta,rumah,simpanan nak kahwin,shopping,simpanan nak hidup semestinya simpanan diri sendiri amnya.wah,bila dah kerja baru nampak.sangat nampak.tapi akan rasa puas,bila semua ni kita mampu untuk hadapi dari hari ke sehari.

Tapi jauh disudut hati..nak belajar lagi.
Tapi tunggu pengarang jantung hati sambung dulu.
Mungkin nanti dapat bercinta di campus yang sama,tapi bukan lagi dikelas yang sama.
mustahil.kecuali i bertukar ke bidang engineering atau abg naruto nak sambung bidang ekonomi pulak..ke macamana!
Tapi,i busy dengan client,dia busy dengan bangunan.
sabtu ahad pasangan lain berdating,kami di padang.
berjumpa bila makan malam.tidak ada bunyi phone,mesej jauh sekali.
hai...rupanya tanpa berhubung pun boleh je bercinta.yang penting percaya.

# ini semua akibat proposal yang ta siap siap.owhh client,datang jumpa saya lagi bagus.pakai cakap jelah!haih!!

Tuesday 24 January 2012

Menghitung hari bahagia.

kadang kadang hidup indah dengan senyum tawa.tapi hati.masih begitu.
Adakala hidup perit dengan susah payah ta pernah henti.tapi namanya hidup.
tetap begitu jalannya.mengukur syukur seseorang.menguji setia seseorang.menduga kental seseorang.
Terasa senyuman selalu ada untuk setiap pahit dan air mata yang mngalir yang mendatang.
sebab?
semakin datang..semakin kuat,semakin ganas badai semakin mampu bertapak untuk naik.
Alhamdulillah..semakin baik.semakin bahagia.semakin baik perancangan masa depan.
Rindu dia selalu jadi buah hati.tapi hakikat.dia tetap buah hati tercinta.
bezanya dia semakin matang.mengajar diri situasi bakal menjadi ketua keluarga.
Terasa makin mesra berdua.tapi semakin kerap bergaduh..?macamana tu?
gaduh 15 minit,gelak 15 jam.
terasa penat melayan kerenah dia.tapi ta penah rasa nak tinggalkan dia.
terasa nak sepak je bila dia sukasuka nganjing tanpa henti.tapi selalu je nak cubit hidung dia!
terasa malas nak hidup dengan dia bila dia buat perangai childish dia,tapi selalu kena marah balik..kan nak kawen dah,takkan nak merajuk mengada lagi!
HAHA.kita berbeza,tapi kita serasi kan aby:)

Dia selalu cakap,awak kan jenis yang kental.ta patut ada sifat macam ni.tu tandanya dia tanak layan manja saya.
tapi bila kita senyap tibatiba dia buat peragai monyet dia,bila kita kata..kan umur dah 26 kenapa nak gedik mcm ni lagi..dia kata baru lah cool!
terasa gigi nak luruh tahan geram.tu tandanya kena layan kepala dia.

Bila nak beli kereta ni pun nak bertekak jugak.
saya nak Myvi SE dia nak Swift Sport.
gaduh lagi.ok fine!
Saya nak Honda City,dia nak Honda Civic.
gaduh lagi.
Ok kita beli Jazz saja.setuju.senyum.setakat petang tu je.
bila tengok kereta tetap Swift yang dicari.
abg mata dah jeling2,tengok yayang muka masam!
tapi abg dtg dekat kata,"yang..keta dah cantik dengan body kit semua.ta payah ubah pape"
sambil kenyit mata.hengat saya cair lah!huh..ta sekali.
Tapi,bila tengok dia excited terasa ok kan ajelah.Asal ta bertekak.kan elok macam tu.
ini baru bab kereta.belum masuk bab lain.

ta masuk bab shopping sampai nangis2 semata sebab sehelai jeans.
ta cerita bab masak kena kutuk2 padahal makan habis siap tambah2.
ta masuk bab scandal2 gila yang lain.
tapi.best thing.is.dia ta pernah menang,tapi ta pernah mengalah.
dia ta pernah ta menyakitkan hati,tapi sedia di sakitkan hati.
dia selalu mencintai dengan cara nya,dan jadi diri sendiri.
dan kita masih bercinta,masih bersama.walau semakin tua.
masih bergaduh,masih bertekak.tapi masih mampu senyum dan rasa bahagia bersama.

bila kita sama sama bekerja.
sama sama cari duit.
sama sama ada impian.
dan kita mampu saling berkongsi.lebih dari indah.
yang lepas biarkan.dan berlalu.
yang di depan mata kita jaga sebaik mungkin.
moga bulan 11 nanti.semua akan jadi kenyataan.amin.