sejahtera beserta salam

cara terbaik meneruskan hidup adalah terus bernafas dan hidup.

Wednesday 28 September 2011

bila kau rasa belacan itu pedas.

Malam ni entri tacing tacing.
malam ni entri memang bukan biskut cecah kopi..
da tahap dari padi jadi nasi dah.
hati rasa berlapik lapik.semua tertempek.rasa macam macam rasa.
teruk ke aku ni jadi perempuan?
aku tanya pada diri aku lah kan.padayang ta kenal macamana nak tanya.
aku tau la aku ta perfect.
but then,aku selalu mencuba!

aku ke yang selalu gagal dalam bercinta?
sebab perangai aku ke aku gagal menjaga?

dulu masa dengan N.aku jaga diri aku.
cukup jaga.even sangat jaga.
aku cakap kat dia walau macamanapun handsome ke baik ke kaya ke.
aku akan terus setia kat dia.aku takkan curang.
aku setia.setiap msj yang orang hantar ada ura-ura nak kenal dengan aku.semua aku forward.
kena marah pun kena lah.tapi aku pegang diri aku untuk jujur kat dia.
tapi salah aku jugake bagi dia kebebasan berkawan dengan perempuan.aku cuba ta kongkong dia.
biar dia tahu aku selalu percaya kan dia
biar dia tahu aku selalu cuba senangkan dia untuk jaga aku.
tapi lama lama hubungan tu pun pecah.
aku cari salah aku.dan aku ngaku silap aku.
aku silap sebab aku biarkan orang yang aku cinta terus berdamping dengan perempuan lain.
walau aku cemburu tapi aku biarkan.bukan sebab aku ta cinta.tapi sebab aku terlalu cinta sampai aku abaikan hati aku untuk beritahu pada dia aku sakit dengan cara dia.fine!habis.

aku dengan E.aku nampak dia.aku perasan dia.tapi aku biarkan sebab aku ta nak perasankan diri aku.
aku cuba tolak.tapi lumrah dunia.benda yang kita ta nak lah selalu kita dapat.
lamaaku amik masa kenal dia.aku cuba kenal  hati budi dia.sikit sikit.makin lama makin dalam.
aku belajar ta samakan dia dengan N.tapi aku takut benda yang samajadi so aku stay cool biar hubungan tu terikat nanti dengan satu ikatan yang lebih baik.salah ke apa aku fikir?
aku berkawan.macam biasa.tapi dia lain dari N.sangat lain.cemburu dia..nauzubillah.
tatau macamana aku boleh lama dengan dia.
tapi aku kagum cara dia sayang aku.aku kagumcara dia menghargai aku.
cuma makin lama makin  lain.
apa yang lain.banyak.kawan kawan dia kata ta?
aku hadap dia setiap hari.aku nampak banyak benda lebih dari kawan kawan dia nampak.
3 tahun.
penah rasa sedih tapi senyum?
penah rasa sakit tapi gelak?
penah sakit hati tapi boleh buat lawak?
dia boleh kata aku semua.selfish?kejam?curang..tapi dia ta pernah nampak setiap malam bila apa yang
aku simpan dalam hati membuatkan air mata aku jatuh berjurai jurai.
bila aku marah dia buat apa?dia senyap.dia biar aku amik masa dan ok sendiri.
dia ta pernah tahu macamana benda tu aku lepaskan dan macamana sakit tu aku sembuhkan.
never.ever!
dulu N..sekarang E.penat kan jadi aku ni.hipokrit pada diri untuk orang.rasa sangat demn.

now S.
kalau tanya aku sekarang waktu aku tengah ketik ketik dengan keyboard ni.
tanya aku apa aku rasa pada dia.sah aku jawab!aku ta rasa pape.
haha.kalau dia depan mata aku tanya.kenapa la kau add aku than gaduh dengan aku pasal spain menang!!
dia memang ta pernah buat aku nangis.tapi malam ni.aku nangis.
dia buat?ta bukan dia yang buat.aku menangis sebab aku ta pernah rasa dia macam seorang bf pun.dia selalu.even setiap hari setiap masa setiap saat jadi kawan aku yang sangat flexibal.
non stop!aku macam rasa nak jerit kuat kuat kat telinga dia bagi sentap sampai jantung baik jangan declare dengan aku kalau kau rasa nak jadi kawan aku je.haha.aku tahu la jadi kawan aku ni best kan!
aku ta tau hati kau.aku memang ta tahu.sumpah.
aku ta tau kau nak aku pengang atau ta kau untuk aku.
aku tatau kau nak aku jaga diri aku untuk kau atau ta.
aku cuma tau.aku jadi penat dengan perangai  kau.
aku rasa mulut aku ni dah berbuih cakap banyak benda dengan kau!
untuk kesekian kalinya.aku lelah lagi.lagi dan lagi.

sebenarnya ketiga tiga orang ni sama je.buat aku lelah sampai aku menangis nangis sampai tidur.
buat hati aku sentak sentak sampai aku sedu.
tapi tiga tiga pun aku dah cuba bagitahu macamana nak handle aku.
tapi tiga tiga pun amik mudah dengan aku.
tapi aku selalu kena jaga benda ringan pada korang.penat lah weih!
aku senyum.sebab aku dah ta mampu na menangis.
aku gelak sebab hati aku dah penat merintih harap kau paham.

last word.terima kasih la selalu buat aku macam ni.
semoga Allah kurniakan kebahagiaan yang mampu mengajar sayang menusuk ke hati.
biar aku selfish pada diri aku sebab berbaloi aku rasa sebab aku je yang selalu pujuk hati aku!<3<3 thanks alot!



Monday 26 September 2011

bila kau jauh.

kenapa cemburu kalau ta sayang!selfish la kau ni..bongok betul.tapi cinta aku kat ko macam kaktus.ta letak air pun dia hidup!tapi berduri duri.rasa sangat demn.dulu kau rampas aku.aku da kata pegang aku,jaga aku baik baik!ko pegang aku kuat sangat lah kan terlepas!benci aku bila ada yg sayang kau lebih dari aku walau kau kata takk!bila aku belajar positif pada apa yang ada sekarang.muka ko muncul je aku kalah!!demn la bila aku cinta mati pada kau tapi kau buat aku sakit macam ni!benci kauu!!

yea,aku benci hati aku yang ta bole tipu perasaan aku.
lemah hati aku.

Sunday 25 September 2011

tuhan tahu kerja Nya

Semalam pegi UIA hantar kereta pakai motor pulak minggu ni.
merempit dari UIA balik shah alam.
ai suka perasaan naik motor masa tu.apa ek perasaan tu.ai pun tatau.tapi ai tenang.

abin.
awak seorang flexi orang nya.saya suka.
kita boleh berbual apa saja.semua.terbuka tanpa perlu berlapik.thanks for the freedom
awak seorang penyabar.ta sangka saya.tapi awak bersabar sambil diam.sebab awak tunjuk pada saya.
lebih baik diam dari berkata tanpa ilmu.saya hormat awak.
awak biarkan saya jadi apa saja yang saya suka.
120% haha.nice.thanks again.
awak panggil saya yam.bukan sebab  bunyik macam yang.
tapi saya tahu awak ta nak panggil benda yang sama orang lain panggil.

awak selalu sakitkan hati saya.
tapi awak ta pernah lagi buat saya nangis.
awak ta suka call saya.ta suka msj saya.ta suka cakap sayang pada saya.rindu pun ta.
seminggu sekali mungkin.tapi awak paling banyak hadap susah senang hidup saya selama awak kenal saya.
banyak.awak ta buat saya rasa ringan kan beban yang ada untuk sementara.tapi awak rancang sesuatu yang buat saya ta susah untuk selepas ini.
awak tanya saya kenapa saya pilih awak.
sebab awak hensem.haha.awak saja buat lawak sedangkan tahu jawapan saya akan menyakitkan hati awak.
saya ta pilih awak sebab awak hensem.sebab awak memang ta hensem.cuma kadang-kadang tapi setiap hari ada masa saya nampak awak hensem kat mata saya.sebab tu saya senyum je ta cakap pape.

awak suka senyap senyap kat wall saya tapi im dengan banyak perempuan cantik.
even da banyak kali saya perli perli awak buat jugak kan.haha.
then i know.
awak menunjukkan apa je diri awak.awak ta buat benda sebab saya,tapi awak jadi diri awak pada saya.
as long as awak ta tipu saya kan.that sweet.thanks a lot.
saya ta tahu macamana awak boleh buat saya percaya pada awak sedangkan awak suka seduce perempuan cantik cantik depan mata saya.tapi saya ta pernah nampak awak buat benda yang saya ta suka.
selain lawak ta kira masa yang kadang kadang buat saya rasa jengkel.rasa nak sepak pipi awak.haha

awak suka tumbuk saya betul betul kan.
sebab awak kata tu tanda awak sayang saya.demn.sakit bongok!
tapi saya suka bila saya pun dapat tumbuk awak kuat kuat!puas hati aku!!
awak ta pandai manjakan saya.tapi awak biar bila saya manja manja dengan adik adik awak.abang long la kan.
awak pandai bawak diri dalam family saya.awak menerima tanpa rasa ragu.tanpa buat saya rasa malu.
thanks abin.
saya ta pernah pilih untuk rupa seseorang.
saya sayang dan akan terus mencintai sesiapa yang mampu memegang hati,maruah dan diri saya kuat kuat.
saya da buktikan pada awak.saya akan ada waktu susah senang.
saya ta merungut kan.saya ta mintak bukan bukan kan.
saya minta maaf banyak ta jaga hati awak.tapi awak biar dan terima.awak bagi saya masa sesuaikan diri dengan keadaan kita dulu dan sekarang.

awak ta pernah janji macam macam.saya pun ta pernah cerita impian bukan bukan dengan awak.
cuma apa ada depan kita.tabahlah kita tempuh sama sama.
kita ta pernah ada cincin atau apa apa yang mengikat.
tapi saya percaya awak ta lupa siapa awak.
sebab awak ta pernah berjanji apa apa
maka jika ada silap dan salah.saya tahu saya ta terluka untuk sebuah janji yang dimungkiri.
terima kasih untuk itu semua.<3

awak ta buat saya jatuh cinta.tapi awak buat saya sayang selalu.
awak ta buat saya rindu.tapi saya geram selalu.
awak ta peluk saya.tapi suka tumbuk saya.
awak ta bawak saya pegi dating.tapi selalu bawak saya tengok rugby.
i <3 rugby.omg!

awak kerja.saya kerja.kita dapat jumpa makan malam 15 minit je.tapi ta pernah gaduh tentang masa kan?
lepas ni awak sambung plk.saya doakan awak kuat ya cak gemok!
saya pun na cepat cepat bukak nursery.awak nak support saya kan?
takpe aby..kita susah sekarang.esok lusa mana tahu Allah bagi kita murah rezeki.ai doakan susah kita ta sampai menyusahkan kita.:)

mama saya da panggil awak ababil,mama awak da panggil saya yam piling.
suka suka je tukar nama.thanks alot~for the happiness

Wednesday 21 September 2011

perasaan macam cendol~

.bila kita sayang.
dia kata kita selfish..semua pun kita nak!

.bila kita cinta.
dia kata kita tamak..mana satu nakdi kejar!

.bila kita rindu.
dia kata kita ayat manis bibir ada taman tebu...saja bagi hati parah!

kalau dah datang cemburu walau dalam keadaan ta patut nak suruh buat apa senyum jelah.
masa aku suruh jaga baik baik
kau buat pekak
bila aku bagi nasihat
kau kata aku mengugut
bila aku try jaga hati kau
kau pijak hati aku macam daun kering

macam aku ni kejam sangat kat kau kan.
macam aku ni ta penah memohon menangis pada kau.
tapi kau dengar kejap lepas tu kau lupa apa kau janji
semua yang kau janji janji bila sampai masa kau lupa!

kau janji ta buat aku nangis.
tapi kau tahu berapa kerap kau buat aku nangis dengan perbuatan kau,aku nangis dengan perangai kau!

kau janji kau ta abaikan aku.
tapi benda yang sama setiap kali kita gaduh adalah pasal abai mengabai!

demn la.
bukan demn pada kau
aku rasa demn pada diri aku sebab aku hidupkan hati aku untuk hidup dengan kau tapi aku ta mampu untuk tahan dengan apa yang aku hadap!
aku rasa demn bila aku jadi serapuh ni bila semua ni aku ta mampu na tahan!
aku kata pengang aku kuat kuat walau aku rapuh.
tapi kau makin buat aku rapuh.
kau tau aku degil dengan benda yang aku penat!
kau tahu aku penat dengan perangai yang merimaskan.
tapi kenapa makin tambah!

aku dah jelaskan  pada kau siapa aku!
tapi kau masih buat aku tertanya siapa kau!
salah aku ke kalau aku berfikir macam sekarang!!
fucking demn much kau buat aku rasa macam bangang la oii!

kau na aku ta fikir bukan bukan.sedangkan depan mata aku selama ni itu hakikatnya!
rasa macam apa..macam palat!
jadi na aku tahan dan hidup macam biasa?
aku hidup macam biasa.hadap apa yang ada.jaga hati aku sendiri salah??salahh!!!

tolong jangan buat aku sakit pada perkara kecil.
kau da banyak buat aku.walau aku macam ni.aku masih nak jaga perasaan kau!

Tuesday 20 September 2011

Dia pun dah jadi kenangan jugak.

Hari paling ta sangka.
apa yang ta sangka.rupanya aku berjiran dengan abang aku sendiri.
ta sangka aku.HAHA;)

balik balik je godeh godeh lappy.
da kena cuci lappy ni.before that godeh godeh mana tahu ada harta karun ta karun sangat lah!

dari file ke file,document ke document hingga gambar ke gambar..
tub tub ada 2 gambar ni haha buat aku rasa nak nangis ya,gelak pun ye,ketar ketar kepala lutut pun yea..
sebab aku rasa gambar ni aku je penah tahu wujud ta wujud.ada 3 tapi aku lupa lagi 1 tu kat mana.haha.




Haaaa...suprise. 
lama simpan gambar ni.banyak je lagi gambar tapi sebab gambar ni tade muka selamat lah.
sape je tahu siapa watak didalamnya..jeng jeng jenngg~~

benda da lepas.
kita sayang macamana pun kalau bukan kita punya siapa mampu lawan.takdir tetap takdir.siapa mampu ubah?

now.
belajar lepaskan.
belajar ikhlaskan.
belajar doakan yang baik baik.
belajar sayang yang ada dengan kita.
dan dan belajar la cepat cepat nanti cepat habis.
tahun depan na tunang dah ;))
mama dah suruh cepat cepat tuh!


Sunday 18 September 2011

mama dah sayang yayang saya :)

habis hujung minggu bersama mama.
 .terima kasih tuhan menghadiahkan aku sebuah keluarga yang rumit tapi membahagiakan.

mama banyak pesan,
pada aku mama pesan sebagai ibu,dia pesan sebagai perempuan,juga sebagai kawan.
pada shabin..happy bila mama bahasakan dirinya mama dengan yayang seorang ni.bila mama kata,
"sebetulnya mama dah anggap sabil macam anak mama''
benda kecil tapi besar erti pada aiai.
bila anak sedara panggil mummy..alahai sweet anak anak sedara.bila tambah comel dia panggil chabin daddy.
wahahahaha...semua da baik,baik along,angah,reen,atika..cuma puteri dengan am je takde.
nanti balik lagi.harap harp cukup kuato semua lah.

ma..
terima kasih suntik semangat.
ma..
terima kasih dengan iringan doa yang kuat.
ma..
terima kasih untuk kucupan di dahi itu..
ma..
terima kasih terima anak mu dengan seadanya.

ma..
apa mama pesan akan jadi sandaran,apa mama pesan akan jadi batu loncatan.
ika cuba ta lagi mengejar apa yang bukan milik ika.
ika redha kalau jalan hidup ika macam ni.
kalau semua jalan hidup ika ni harga untuk kebahagiaan semua.ika redha.
ika da cuba menjaga diri.ika da cuba mencari yang baik untuk menjaga ika,
ma kata mungkin liku hidup ika macam mama.
ma..
ika takut,ika takut ika ta kuat.ika takut dengan jatuh,ika takut dengan sakit,ika takut untuk semua tu.
ika takut, tapi sabil selalu genggam tangan dan meyakinkan yang ika boleh.

family saya semua awak dah jumpa,maknanya lepas ni saya da ta bole tolak bila awak na bawak saya dengan  family awak ya :))

ingat! awak da jadi daddy untuk anak anak sedara saya.alahai sweetnya bila ada orang yang tersayang dalam keluarga tercinta.

mama cakap tanpa cinta pun boleh berumah tangga,mama cakap bahagia tu jangan di cari tapi cari redha Allah.maka bahagia lah hidup.mama kata jangan cakap hal orang tapi jadikan ikhtibar apa yang jadi pada orang.mama cakap jangan berjanji benda yang bukan bukan takut nanti sampai masa kita ta mampu pikul janji sendiri.mama cakap lagi,nanti dah kawen jaga suami sebab dia amanah Allah.

jum kawen cecepat lah macam ni!tahun depan ya sayang :)

Sunday 11 September 2011

yang menanggung takkan sama dengan yang melihat.

SubhanAllah..ai dah terang kenapa ai masih di sini bersama yang ini.

cinta itu luas.bukan hanya cinta dalam hati.tapi lebih dari segala segi.
cinta pada pencipta,cinta pada rasulnya,cinta pada akhirat dan dunia yang harus seimbang.
ai mungkin bukan seorang wanita yang baik,malah jauh sekali sempurna di mata sesiapa saja.
malah ai sendiri melihat diri ai banyak kekurangan.ai malu dengan diri ai sendiri.
ai malu dengan pencipta ai.ai malu dengan amalan ai,ai malu dengan pergaulan ai.
malu itu iman.jika hilang sifat malu itu maka hilang lah iman tu bukan.

tapi manusia adakala hanyut,seperti ai yang juga adakala hanyut dengan duniawi maha palsu.
Allahhuakbar..ai takut bila hari esok akan jadi lebih buruk dari hari ini,ai takut menjadi seorang yang rugi.
ai takut bila Allah tarik semua nikmatnya untuk ai dan ujian nya ai hanyut menjadikaan ai semakin jauh.
ai takut dengan semua itu.

bunyiknya kolotkan?
tapi ai takut.ai takut menjadi umat akhir zaman ini.sungguh jauh di lubuk hati.
jika ada yang mahukan boyfie or hubby yang up-to-date,bergaya ikut gaya semasa,open minded and etc.
ai nak jugak.tapi ai harapkan yang mampu jaga maruah ai sebagai girlfriend dia.ai harapkan yang mampu lindungi ai bukan saja dari fizikal tapi rohani juga.yang mampu nasihatkan ai pada benda yang buruk pada benda yang baik walau perlu ambil masa.macam berlagak baik?whatever..

kalau ta bertudung sekarang,at least yang pandai tegur bila nak bertudung.
kalau terdedah sana terdedah sini,at least reti na tegur benda benda gitu.bukan kata hanya utk bf je.sbb bf je pun belum laki lagi kan.
yang ajak kawen memang ramai,tapi yang mahu kawen kerana menjaga maruah ai,yang mahu kawen kerana mahu lindungi ai dari terus dizalimi.itu hanya sorang yang ai kenal.
ai bukan mata duitan pun.kalau ai kata ai nak beratus ribu tu.itu hanya penambah semangat untuk berusaha lah;)

tapi sejuk hati ai bila insan yang mahu kan ai kerana mahu memelihara maruah dan lindungi ai dari kezaliman.
dingin hati ai bila walau dia mungkin tak sebaik mana,tapi dalam diam dia punya ilmu agama yang ai kagumi dan mampu berkongsi untuk kebaikan bersama.

:: Doa kita semua untuk kehidupan ini semoga kita mampu hidup dengan penuh kesederhanaan,mampu berkongsi rasa cinta yang ada dengan kita semai perlahan tapi mampu bercambah bukan hanya antara sesama manusia,juga bukan hanya antara 2 keluarga.moga ikatan yang terjalin mampu membimbing kita hingga akhirat sana.jika kita tahu kita ta mampu menolak setiap godaan yang datang,walau perih untuk kita tolak hadirnya tapi jika niatnya lebih baik kita berjauhan dari kita terus membuat dosa itu mampu kita laksanakan.maka,jangan di tanya kenapa bukan berbalik pada yang lampau jika yang kita pilih sekarang mampu melindungi kita dari fitnat mulut orang,mampu menjarakkan kita dengan dosa maha berat.mampu menyedarkan kita tentang hal remeh yang sebenarnya memberatkan bebanan kita di padang masyar kelak.

ai tahu ai masih terlalu rendah iman di dada,tapi ai selalu cuba untuk menjarakkan beza antara ai dengan perempuan yang menjamah mata lelaki dengan kecantikan.alhamdullillah.ai masih ta hanyut dengan rupa paras.di mata ai,tidak ada makna cantik pada NNz.semoga sederhana tetap begitu.biarlah ai tetap kalah dengan mana mana gadis yang hot di luar sana.ai cuma harap ai dapat seseorang yang mahu terus membimbing ai terus terusan untuk jadi muslim.untuk merealistikkan perasaan terhadap penciptanya,rasul dan agama.ai takut dengan dosa yang ada,ai takut :(

kenapa adam buat hawa begitu?

ketika cinta bertasbih..

dulu kita jumpa,awak pandang dengan mata yang redup.
hanya memerhati dengan senyuman manis.
nampak tenang.tidak memaksa.nampak senang dan lembut.

bila berbicara senyuman itu pembukanya,ayat nya sentiasa lembut.
mahu selalu menjaga hati.
setiap pagi menghadirkan diri dengan ingatan solat.
akan tanya dengan sarapan dan aktiviti yang bakal mahu dilakukan.
tanpa mahu melarang hanya ingatan menjaga diri baik-baik.

sentiasa sabar dengan setiap ujian yang datang demi sebuah perkenalan yang ikhlas.
sentiasa berusaha mendekati dengan doa pada Allah.
sentiada yakin dengan jodoh yang tertetap antara adam dan hawa.

tapi kenapa semua tu berubah.

kenapa adam itu bukan adam yang sama saat hawa mengenali seperti dulu.
kenapa ada bukan setenang dan sesabar yang hawa hadapi dulu.
yang selalu menanti dengan sabar.yang selalu ada waktu susah dan senang.

wahai adam,
tahu kamu bahawa daku tenang melihat kamu solat.
daku tertusuk di jiwa jika kamu menasihati dengan lembut.
daku terpaut dengan kesabaran yang penuh tenang kamu tunjukkan.
daku terpesona dengan doa mu untuk bersatu dengan ku.
daku mencintai waktu kau menitiskan air mata tanda kau benar mahukan ku jadi milikmu.
ingat waktu kita pernah berjemaah bersama menghadap ilahi agar kita terus bersama dan kuat dengan setiap ujian nya.
ingat waktu kita bersama di dapur,memasak dan menyambut raya bersama.

tapi adam..hawa keliru.kenapa kau berubah dari adam yang pencinta kepada adam pendesak?
dari adam penyabar kepada adam pendendam?

kenapa ya adam?

hawa pergi kerana adam tidak kuat memapah hawa tika ada syaitan yang memperlekehkan maruah hawa di depan mu,tapi kau hanya mampu kata kan jangan tanpa mampu memberhentikan nya.kan?

hawa pergi agar dosa itu bukan lagi benda berat yang sangat berat antara kita lagi kan adam?

hawa menjaga maruah untuk masa depan hawa,salah adam?
hawa tak menyesal.
terpulang pada adam.;)

Friday 9 September 2011

kisah kau aku dan dia.jodoh kerja Allah

Tak perlu nak salahkan sesiapa.
hanya perlu katakan semua itu takdirnya.
kita hanya sang pencerita untuk menghidupkan cerita.
jika masa itu hati tersayat tapi mampu tersenyum
kenapa tidak kau juga mampu memberikan sesuatu seperti kenyataan nya bukan.

takdir dah tertulis itulah kisah kita.
di hati kau,katanya aku.tapi di mata ku ada dia di sisi mu.
di mata mu ada dia,tapi di hati ku hanya tuhan saja yang tahu.

biar jodoh yang datang itu hanya datang dan pergi kerana Allah.
itu lebih baik.

bila air mata tak tertahan lagi~

cerita untuk kita yang nak couple tapi ta reti nak jaga hubungan tu.
orang lain ada awek.nak jugak.tapi bila ada sia-sia kan.
yang dah ada boyfriend tapi nak jugak kawan tapi mesra..

check ths out~

Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sebelum terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai kaumku bergelar suami,
jika seorang isteri pernah menangis keranamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …

Wahai suami-suami, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”



Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal…

Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI-ISTERI yang soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mereka begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.



.bila seorang perempuan itu menerima mahar dari seorang lelaki bergelar suami.maka diri nyaa,hidup nya,dunia nya semua untuk suami nya.
maka itu..kenapa perlu wahai adam harus melihat yang lain sedangkan yang mahu bersama mu sehidup semata di waktu susah dan senang menanti penuh sabar untuk terus berusaha menjaga segala hal dalam kehidupan mu.


.wanita mungkin rumit dimengertikan.tapi jauh disudut hati nya..dia menjadi sangat ego dalam pertuturan atau adakala perbuatan untuk menutup begitu rapuhnya jika hatinya hancur dek perbuatan sang lelaki atau suami sedangkan cinta dan sayang nya hanya untuk kamu seorang.

antiseptik penyakit bosan.

terasa nak kepoh.
keja keja keja dah dapat keja.
mak ni nyah pegi interview tu sebab kawan mak suruh..
nak sedapkan hati kawan je nyah.
mak ni banyak benda nak settle lagi dik non.
tapi nyah...mak tengok duduk situ macam market je.

takpe.tapke.
mak test 2-3 bulan macamana.
cik abang tu pun kejap kat putrajaya kejap nak ke cheras.
pitam mak nak pikir cik abang sorang tu nak keja mana.
cik abang kalau engineer keje asyik lukis lukis je baik abang keja je kat putrajaya tu.
kalau duduk kat cheras tu kang ramai pulak mata memandang.
hati adik pun gundah gulana lah abang oi oi.

since da dapat keja ni nyah..
hati lara tu tolak masuk tasik.
malas pikir.
kau nak kau pandai jaga.kau ta nak hade je yang nak.
kan senang?
malas pikir dah.sampai seru ada la tu mazda mps tu kan.
haha berhajat jugak maknanya hati nih!hadoi.

semoga Allah permudahkan perjalananku,semoga dijauhkan dari penyakit hati yang laroo~

Thursday 8 September 2011

kalau mata saya,mampu awak lihat.awak tak mungkin mahu.

                            Ku katakan dengan indah
                                                   Dengan terbuka
                                                     Hatiku hampa
                                                   Sepertinya luka
                                                   Menghampirinya

                                                    Kau beri rasa
                                                    Yang berbeda
                                                  Mungkin ku salah
                                                   Mengartikannya
                                                 Yang ku rasa cinta


                                                      Tetapi hatiku
                                                Selalu meninggikanmu
                                                Terlalu meninggikanmu
                                                 Selalu meninggikanmu


                                                  Kau hancurkan hatiku
                                                      Hancurkan lagi
                                                 Kau hancurkan hatiku
                                                      Tuk melihatmu
                                                   Kau terangi jiwaku
                                                   Kau redupkan lagi
                                                 Kau hancurkan hatiku
                                                      Tuk melihatmu



                                                 Kau buatku terjatuh
                                                    Dan tejatuh lagi
                                      Membuatku merasakan yang tlah terjadi
                                      Semua yang terbaik dan yang terlewati
                                        Semua yang terhenti tanpa ku akhiri
 ~~




tuhan tu  ciptakan sesuatu dengan sebab yang adakala hanya Dia je yang tahu kan.kan.
macam jugak apa yang jadi kat kita sekarang.semua bersebab.kenapa kita putus.kenapa kita bersama.kenapa luka.kenapa ketawa.kenapa sakit.macam sekarang.huh!

hidup kadang ta adil adakala ta setimpal kan.
sebab kita rasa kita da buat yang terbaik.
sebab kita rasa kita dah cukup menjaga.
sebab kita rasa kita dah cukup bagus.
tapi bila kita terlalu yakin.dan tiba tiba terlepas dari genggaman kita
kita pun hilang arah.
tapi..
kita tetap nak tuding jari pada orang lain tentang salah kita.
kita nampak lemah orang tu
kita nampak salah orang tu
kita nampak rapuh orang tu.
tapi bila benda tu memang silap kita.
kenapa kita senyap dan hanya tunduk seketika.
atau membatu dan anggap benda biasa.
nobody perfect.

saya tahu saya lemah.
saya sedar saya ta baik
saya reti saya ta mampu menjaga dengan sehebat mana mana perempuan lain

tapi saya belajar banyak benda,
saya belajar bercakap,biar awak tahu dan tak tertanya sorang sorang
saya belajar kawal emosi,biar saya ta merajuk pada benda yang ta patut.
saya belajar senangkan awak,biar awak ta rasa beban ada saya di sisi awak.ta mnyusahkan awak.
saya belajar suka apa yang awak suka walau saya ta tahu,biar awak tahu saya take note semua benda pasal awak.
saya belajar perangai buruk awak dulu,sebab bila awak buat perangai buang tebiat tu saya stay cool n senyum layan kerenah awak.
saya belajar berkawan dengan semua kawan kawan awak,walau saya benci diaorang kadang kadang sebab suka gunakan awak waktu susah je.
saya belajar sayang keluarga awak macam keluarga saya,sebab saya nak awak tahu..saya sayang awak dan saya sayangkan orang yang awak sayang jugak.
saya belajar rentak awak bercinta,biar awak rasa free bila bersama saya,ta perlu jadi orang lain.
saya belajar tentang semua hal remeh temeh perangai awak,biar awak sedar saya cuba untuk jadi seseorang yang kenal awak lebih dari orang lain.so,saya lebih cintakan awak lebih dari orang lain.

tapi...

bila saya dah buat semua tu..
lama lama awak lupa untuk 
jadi awak yang saya kenal dulu kan
yang rajin sayang saya,
yang selalu manjakan saya,
yang mahu menjaga hati saya,
yang tahu rindukan saya,
yang reti cari saya,
walau ta mengutamakan pun..
tapi antara yang didulukan.
saya penat menunggu  untuk semua itu.
lebih penat jika ada pihak ketiga walau secara langsung atau ta langsung
hati saya rapuh macam biskut mary rendam kopi.
tapi saya senyap,saya senyum.saya simpan,saya pujuk sendiri.
yang penting awak senyum dan kita ta gaduh kan.
tapi awak.sampai bila agaknya saya mampu menongkat hati saya sorang sorang?

bila saya sayang kawan kawan saya.
awak tarik muka.
bila saya manja dengan kawan kawan saya.
awak cemburu.
bila saya ada yang rindu.
awak marah kan saya.

tapi bila awak mencari sesuatu yang mengundang semua yang datang sendiri pada saya.
saya senyap dan buat saya faham dan senyum.
perkara biasa.lelaki.memang itu lumrahnya.

sejuta kali saya kata pun,takkan tersagat kat hati awak kan.
tak pe.saya cuba terima dan saya cuba faham.
asal awak bahagia.awak senang bersama saya.teruskanlah.
saya ta de apa.hanya mahu awak rasa awak sangat dihargai dan disayangi oleh saya setiap masa.setiap saat.<3


p/s:terima kasih sayang,atas hadiah air mata ni.sehat mata saya