sejahtera beserta salam

cara terbaik meneruskan hidup adalah terus bernafas dan hidup.

Tuesday 9 October 2012

cerita tentang cinta.cinta kerana Allah yang bawa sampai hujung nafas.






Daripada Abu Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Janganlah kamu membenci bapa-bapa kamu. Sesiapa yang membenci bapanya bererti dia kafir.” (HR Muslim)


Dan rendahkanlah dirimu terhadap ibu dan bapa kamu dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, “Wahai Tuhanku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka telah mengasihi aku pada waktu aku kecil” (al-Isra’ ayat 2)

Nabi saw. bersabda, "Lelaki yang terbaik di antara kamu adalah lelaki yang paling baik terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang paling baik di antara kamu terhadap isteriku.” (HR Ibnu Majah)4


Dia lelaki.dia cinta pertama saya.
sungguh,cinta dari saya buka mata sampai saya dah nak berkahwin.
dia tetap cinta pertama yang ta pernah berubah.
yang ta menyakiti,ta menyusahkan.
selalu sweet.
 tak terbanding dengan mana mana lelaki kecuali lah muhammad saw.


ayah.saya panggil dia ayah.
tangannya lembut,matanya bundar,senyumnya manis.
dia lah buah hati pertama.
lelaki yang mengajar erti cinta.
cinta untuk anaknya yang tak berbelah bahagi.
waktu satu dunia menolak,tangan dia menyambut.
saat semua hilang bila memerlukan,sedangkan dia ta pernah lari.

semalam masa lepak dengan en.tunang,
en.tunang tanya,saya lelaki keberapa dalam hidup awak.
paling penting.
mestilah no 2 sekarang.
pertama hero saya, ayah.
no 2 awak la.awak kan bakal imam saya:)

en.tunang,
saya rindu kat ayah lah.
dah beberapa hari saya nangis je sebab rindu ayah,
en.tunang.....saya nak ayah.
nak peluk ayah.
nak tengok ayah.ayah....kakak rindukan ayah




p/s: nanti jadi macam ayah saya untuk anak- anak kita ya syang?.

\
)

No comments: